Jumaat, 4 April 2014

Putrajaya mahu hukuman lebih berat terhadap Karpal kerana menghasut

Oleh V Anbalagan, Penolong Pengarang Berita


Peguam veteran, Karpal Singh berdepan hukuman penjara apabila pendakwaraya memfailkan kepada mahkamah supaya ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dikenakan hukuman lebih berat atas kesalahan menghasut. Gambar fail The Malaysian Insider.Peguam veteran, Karpal Singh berdepan hukuman penjara apabila pendakwaraya memfailkan kepada mahkamah supaya ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dikenakan hukuman lebih berat atas kesalahan menghasut. Gambar fail The Malaysian Insider. 






























Peguam veteran, Karpal Singh yang dijatuhkan hukuman denda RM4,000 bulan lalu mungkin akan dipenjarakan selepas pihak pendakwa memfailkan rayuan balas bagi meminta mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat.

Karpal didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mac lalu.

Bagaimanapun, beliau memberitahu The Malaysian Insider, beliau menerima salinan notis rayuan daripada pendakwaraya semalam meminta mahkamah meningkatkan hukuman ke atasnya.

"Mereka mahu saya dipenjarakan," kata Karpal yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP susulan keputusan mahkamah bulan lalu itu.

"Ya, mereka berhak untuk memfailkan rayuan balas," katanya.

Ahli Parlimen berkerusi roda yang berumur 73 tahun itu tidak pasti adakah pendakwa mahu beliau dikenakan hukuman maksima RM5,000 atau mahu beliau dipenjarakan iaitu sehingga tiga tahun sebagaimana yang termaktub dalam Akta Hasutan.

Karpal membuat rayuan kepada kedua-duanya iaitu keputusan bersalah dan hukuman denda RM4,000.

Beliau didapati bersalah berdasarkan kenyataannya kepada media pada 6 Februari 2009, ketika memberikan ulasan terhadap keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memecat menteri besar Perak ketika itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Pada 21 Februari, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Paduka Azman Abdullah mendapati Karpal bersalah dan pada 11 Mac menjatuhkan hukuman denda RM4,000 walaupun timbalan pendakwaraya mendesak agar dia dijatuhkan hukuman yang lebih berat.

Karpal boleh kehilangan kerusi Parlimen Bukit Gelugornya kecuali hukuman ke atasnya dikurangkan di bawah RM2,000.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat boleh hilang kelayakan jika didenda lebih RM2,000 atau penjara melebihi setahun.

Hukuman ke atas Karpal dikecam oleh persatuan peguam dalam dan luar negara termasuk  International Commission of Jurist (ICJ), Majlis Peguam Malaysia dan Lawyers for Liberty.

Tiada ulasan: