Sabtu, 19 April 2014

Pelajar UNISEL tidak terbabit demonstrasi pendidikan percuma

Oleh: ASRI SAPFIE


SHAH ALAM:  Naib Canselor, Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad menegaskan pelajar universiti berkenaan tidak terbabit dalam insiden demonstrasi di pintu masuk bangunan Kerajaan Negeri, pada 16 April lalu.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang jika kedian itu berterusan menyebabkan masyarakat khususnya pelajar yang tinggal di kawasan luar Selangor mendapat maklumat palsu.

IMG_9048Katanya, apa yang berlaku juga boleh menyekat niat mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di universiti itu ekoran insiden terbbait terutamalepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dalam proses mencari tempat bagi melanjutkan pengajian.

“Tidak benar. pelajar kami tidak terbabit dalam kejadian perhimpunan membabitkan 20 pelajar di pintu masuk bangunan Kerajaan Negeri Selangor yang memegang bendera UNISEL sambil melaungkan tuntutan pendidikan percuma semalam

“Kita percaya ini adalah salah satu cara pihak tertentu untuk menjatuhkan nama baik UNISEL,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Kewangan UNISEL, Ahmad Zabri Mohd Yaman, berkata hasil siasatan beliau mendapati insiden itu jelas tidak membabitkan pelajar universiti berkenaan.

IMG_9060“Tambah menghairankan, mereka yang terbabit sendiri mengaku bahawa bukan pelajar UNISEL dan mustahil bagi pelajar universiti ini tidak mengenali saya,” katanya.

Pada 14 April lalu, UNISEL mengadakan wacana antara pimpinan tertinggi universiti bersama pelajar bagi mendengar permasalahan mereka secara terperinci dan mencari solusi secara dua hala.

Sehubungan itu, Anuar berkata, segala isu yang dibangkitkan pelajar dijawab dengan teliti dan secara keseluruhannya mereka berpuas hati dengan maklum balas terbabit.

“Tidak timbul isu seperti pendidikan percuma oleh pelajar ketika wacana itu diadakan. Yuran pembelajaran yang ditetapkan UNISEL jauh lebih rendah berbanding institusi pengajian tinggi swasta lain,” katanya.

Ketika ditanya berkenaan pendidikan percuma, Anuar berkata, hal itu ada dalam perancangan jangka masa panjang UNISEL dan turut melancarkan tabung wakaf bertujuan mengumpulkan dana bagi membantu pelajar yang kurang bernasib baik daripada segi kewangan.

“Alumni yang sudah berjaya akan membantu daripada segi kewangan dan disalurkan melalui tabung ini seperti yang diamalkan di universiti di Jordan,” katanya.-NFN-

Tiada ulasan: