Isnin, 14 April 2014

Pelajar Matrikulasi Maut Jatuh Tasik Kolej

MSTAR ONLINE


 
 
KUANTAN: Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Gambang mati lemas setelah dilaporkan terjatuh ke dalam tasik di dalam kawasan kolejnya petang Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira 6.35 petang ketika Mohamad Ely Bukhori, 19, sedang berkelah bersama rakan-rakannya di tepi tasik itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Annuar Hassan berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat mangsa empat jam kemudian di dasar tasik.

Tiada ulasan: