Sabtu, 12 April 2014

NGO tuduh operasi RBA 'langgar lari'

MALAYSIAKINI


Satu NGO dikenali sebagai Pertubuhan Hak Belia Malaysia menerusi presidennya, Shen Yee Aun mendakwa tentera siber pro-Pakatan Rakyat sukar dikesan kerana mereka cepat memadam akaun laman sosial mereka.

Namun, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat mengenai "operasi menghasut" gerakan dilabelkan sebagai Red Bean Army (RBA) untuk dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Sehingga kini masih terdapat akaun baharu di laman sosial yang dikendalikan oleh RBA dan kami dalam usaha mengumpulkannya untuk diserahkan kepada SKMM.

"RBA ini boleh dikatakan 'langgar lari' dalam menjalankan operasi mereka menghasut masyarakat kerana setiap akaun yang dibuat dalam laman sosial akan dipadamkan sekal igus menyukarkan kami dalam menjejaki mereka," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar sama juga melaporkan Shen menerusi maklumat yang diterimanya mendapati gerakan itu dibayar pihak tertentu.

Namun, beliau dilapor tidak dapat membuktikannya kerana bayaran dibuat secara tunai, katanya.

RBA sebelum ini dikaitkan dengan DAP - satu dakwaan yang sudah dinafikan parti itu.

DAP malah mempersenda dakwaan itu dengan menganjurkan majlis menikmati air batu campur yang mengandungi kacang merah di sebuah hotel yang didakwa menjadi markas gerakan itu.

Tiada ulasan: