Ahad, 13 April 2014
Nasib penumpang MH370 hanya diketahui selepas kotak hitam ditemui, kata Hishammuddin
Hishammuddin pada sidang media hari ini sekali lagi menegaskan betapa pentingnya penemuan kotak hitam tersebut supaya misteri kehilangannya terungkai.
Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan tidak ada yang mencurigakan dengan senarai penumpang, tetapi menurut Hishammuddin perkara itu tidak bermakna semua rekod penumpang adalah bersih.
Katanya, polis masih menyiasat kaitan penumpang dengan empat isu utama iaitu kemungkinan berlakunya rampasan, pengganas, masalah peribadi dan psikologi.
"Perkara ini masih dalam siasatan dan saya tak rasa Ketua Polis Negara bermaksud untuk kata rekod mereka semua bersih kerana selagi kita tak jumpa maklumat baru terutamanya membabitkan data kotak hitam'," katanya seperti dilaporkan CNN.
Juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, menjadi tumpuan apabila dikaitkan dengan kehilangan pesawat tersebut.
Penyiasat turut mempercayai perbualan terakhir "Selamat malam, Malaysian 370" datang daripada suara Zaharie.
Beberapa bulan kebelakangan, Zaharie di laman sosial menyiarkan video cara menjimatkan penggunaan sistem penyaman udara untuk mengurangkan bil elektrik dan memaparkan gambar gajet selain menunjukkan hobi suka memasak dan makanan.
Beliau juga meminati bidang politik apabila menyeru orang ramai mengundi kerajaan sekarang.
Tetapi tiada satu tanda dalam laman sosial miliknya mempunyai kaitan dengan kehilangan MH370.
Pencarian masih diteruskan walaupun sudah lebih 35 hari pesawat hilang daripada radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.
11 pesawat udara tentera, satu pesawat udara awam dan 14 kapal menyertai pasukan pencarian, menurut Pusat Koordinasi Agensi Bersama Australia.
Pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang meluaskan pencarian 22,203 batu persegi (57,506 kilometer persegi).
Ia terletak kira-kira 1,367 batu (2,200 kilometer) di utara Perth.
Semalam, pencarian kapal Australia Ocean Shield masih menggunakan pengesan “ping” yang dikenali sebagai TPL dengan harapan dapat menemui signal baru yang mengaitkan dengan perakam suara kokpit dan data pesawat, kata Komander Tentera Laut Amerika Syarikat, William Marks yang mengetuai pasukan pencarian.
Bateri kotak hitam itu dikatakan mampu bertahan 30 hari tetapi pengeluar menjangkakannya dapat bertahan lebih lama.
Apabila pasukan pencarian membuat kesimpulan tiada harapan bateri dapat bertahan lagi, mereka akan menggunakan Bluefin-21, sejenis peranti sonar untuk mencari di dasar lautan,
Bagaimanapun fungsi Bluefin lebih lambat daripada TPL, kata Marks.
Pada 5 April lalu, TPL dapat mengesan dua signal ping. Tiga hari kemudian, dua lagi signal dikesan.
Keempat-empat signal itu terletak dalam kedudukan 17 batu antara satu sama lain.
Ping kelima pula dikesan pada Khamis lalu, namun dikatakan "tidak ada kaitan dengan kotak hitam", kata Ketua Koordinator Misi Mencari Asutralia Angus Houston pada keesokan harinya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan