Jika jumlah yang turun besar, SAMM percaya Najib akan membatalkan GST tersebut.
PETALING JAYA: Himpunan Hari Pekerja 2014 membawa tema membantah GST sesuai dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 yang menyebut beliau sendiri ingin melihat respon rakyat tentang GST.
Menurut Ketua Solidatiti Anak Muda Malaysia (SAMM), che’GuBard, jika jumlah yang turun besar, SAMM percaya Najib akan membatalkan GST tersebut.
“Selain itu SAMM menyeru seluruh rakyat menjadikan himpunan ini sebagai manifestasi luahan rasa rakyat yang tidak didengar suaranya termasuklah rakyat harus turun bersama membantah penyalah gunaan mahkamah dalam menafikan suara dan memenjara pimpinan Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT yang menyatakan sokongan dan dokongan kepada Himpunan 1 Mei 2014 yang dijadualkan akan berlangsung dengan perjalanan dari beberapa lokasi dan ‘menuju Dataran Merdeka’.
Perjalanan utamanya ialah dari KLCC ke Dataran Merdeka. Acara 1 Mei akan bermula dari tengahari di KLCC dan akan berakhir sekitar jam 2 petang.
Acara di KLCC dibuat oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014. Perbagai acara ucapan pimpinan , persembahan dan ikrar hari pekerja. Sekitar jam 2 petang akan bergerak dari dari lima titik mula berkumpul menuju Dataran termasuk dari KLCC sendiri. Seperti biasa empat tempat yang lain ialah Brickfeilds, Sogo dan Masjid Negara.
Che’GuBard berkata SAMM percaya semua yang terlibat sedang memainkan peranan yang terbaik untuk memastikan himpunan tersebut berlangsung baik demi menyampaikan mesej dan mencapai objektif himpunan yang cukup besar.
“Jika mengikut skrip regim ini, ia mungkin himpunan besar terakhir Anwar dan beberapa pimpinan utama bersama rakyat,” jelas beliau.
Kepada penguasa, beliau berkata, diharapkan jangan panik tak tentu hala.
“Ini proses demokrasi iaitu rakyat berkumpul menyatakan hak dan pandangan. Ini sudah dijamin dalam perlembagaan Malaysia,” tegasnya.
Beliau memberi contoh himpunan malam tahun baru, peserta berjaya memasuki Dataran Merdeka dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
“Semua berjalan baik. Kerjasama baik antara penguasa dan demonstran. Amat yakin sekali lagi kerjasama erat ini mampu dilakukan dalam Himpunan 1 Mei ini,” katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata SAMM telah mengerahkan semua komrad SAMM dari seluruh negara untuk bersama di samping sudah mempersiapkan 100 marshal berpengalaman untuk membantu menyelia himpunan tersebut.
Katanya lagi, AMM mengucapkan tahniah kepada semua organisasi yang berani dan bertanggungjawab dalam mengerahkan anggota mereka menjayakan Himpunan ini.
“Contohnya Dewan Pemuda PAS yang sudahpun secara rasminya menggerakkan anggota Pemudanya,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan