Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu kerajaan memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bahawa Malaysia menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pacific (TPPA).
Mohamed Idris berkata, beliau sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memaklumkan perkara itu pada 21 April, dengan salinan kepada timbalan perdana menteri dan menteri berkaitan.
Mohamed Idris berkata, Najib patut mengambil kesempatan atas lawatan Obama dengan memaklumkan kebimbangan Malaysia berkaitan TPPA, dan menarik diri daripada rundingan selanjutnya.
Beliau juga mengingatkan terhadap rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala beberapa tahun lalu yang tidak dimuktamadkan ekoran banyak perbezaan, yang sebahagian isu berkaitan timbul kembali dalam TPPA.
Walaupun begitu, katanya, ia tidak pun memberi kesan buruk kepada hubungan Malaysia-AS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan