MALAYSIAKINI
Penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung pencemaran bukti dalam
kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
disifatkan oleh Naib Presiden PKR N Surendran sebagai "bercanggah dengan
common sense (sesuatu yang diterima akal)".
Katanya, walaupun pegawai penyiasat Supt Jude Pereira telah membuka beg
sampel P27, hakim-hakim berkata ia tidak dilihat sebagai mengganggu
bahan bukti.
Dalam satu kenyataan semalam, Surendran berkata, kesimpulan itu
bertentangan dengan semua prinsip undang-undang berkaitan rantaian
bukti, dan bercanggah dengan semua 'common sense'.
Anwar dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan pada 7
Mac atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Beg sampel P27 mengandungi sampel penting yang diambil dari dubur Mohd Saiful , termasuk sperma daripada tertuduh.
Tambahan pula, kata Surendran (kanan), walaupun wujud keadaan yang boleh
dipersoalkan, hakim-hakim dalam kes itu bertegas bahawa "tiada apa yang
mustahil " tentang bukti Saiful .
Sehubungan itu, Surendran bertanya bagaimana ketiga-tiga hakim itu
mencapai kesimpulan tersebut, apabila tidak dipertikaikan bahawa Saiful
bertemu dengan musuh politik Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Abdul Razak , hanya dua hari sebelum kejadian dikatakan berlaku.
"Mengapa dia juga bertemu dengan pegawai tinggi polis SAC II Mohd Rodwan
Mohd Yusof , yang terlibat dalam kes liwat yang pertama?" tanya
Surendran yang juga MP Padang Serai yang juga ahli Parlimen Padang Serai
.
Kes itu didengar oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi bersama dengan Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Surendran berkata hakim juga telah menyimpang dari perkara undang-undang
dengan menangani kritikan awam dalam penghakiman mereka bahawa kes itu
dikendalikan terlalu
tergesa-gesa.
Katanya, adalah amat tidak sesuai bagi hakim untuk memberi respon kepada kritikan terhadap mereka secara sedemikian .
Penghakiman dalam kes jenayah, tegas Surendran, mesti menangani fakta-fakta dan undang-undang kes itu, dan bukan perkara luaran.
Jika tidak, tegasnya, ia menimbulkan persoalan tentang sikap 'kesaksamaan dan objektiviti hakim'.
Selain itu, kata Surendran yang juga seorang peguam, hakim-hakim
melanggar konvensyen undang-undang dengan mengkritik kenyataan tidak
bersumpah Anwar dari kandang tertuduh, yang merupakan pilihan yang sah
untuk kes-kes jenayah .
Katanya, Nelson Mandela berbuat demikian apabila dia dibicarakan dalam
kes Rivonia pada 1963, dan Anwar berbuat demikian dalam kes Fitnah 11,
dan dengan itu membicarakan sistem perundangan dan politik yang zalim
yang telah mengheretnya ke kandang tertuduh.
Penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Liwat II, tegas Surendran lagi,
telah terkeluar dari semua duluan undang-undang, dengan mengkritik Anwar
yang memberi kenyataan dari kandang tertuduh.
Anomali ini, kata Surendran, hanya mengukuhkan lagi tanggapan bahawa Anwar telah menjadi mangsa lawan politiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan