Sabtu, 19 April 2014

MB ucap takziah kepada keluarga DJ Mansor

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM : Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Media Selangorku, Mansor Abu Bakar yang meninggal dunia pagi tadi.

“Takziah kepada keluarga DJ Mansor yang telah meninggal dunia pagi tadi. Moga roh beliau tenang di sana. Al-fatihah,” kata Abdul Khalid menerusi laman Twitter miliknya.

InnalillahMansor yang lebih dikenali sebagai DJ Mansor kembali ke Rahmatullah pada jam 10.30 pagi tadi selepas mengalami komplikasi kesihatan demam denggi, jantung, darah tinggi dan paru-paru.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurukamera Selangor Kini, Hanafi Mohamed selepas beliau dihubungi sendiri oleh anak sulung Allahyarham Mansor pagi ini.

1396808_10200897050890332_1794264914_oPengurusan jenazah akan dilakukan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Delek.

Mansor ditahan di hospital sejak minggu lalu kerana mengalami masalah kesihatan sebelum tidak sedarkan diri dan bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.EZY

Tiada ulasan: