Rabu, 16 April 2014

MB: Kerajaan Pusat gagal salur peruntukan kepada Pejabat Daerah

SELANGOR KINI


SHAH ALAM  : Pejabat Daerah di Selangor beroperasi menggunakan dana yang diperuntukkan Kerajaan Negeri selepas Kerajaan Pusat gagal menyalurkan peruntukan yang sepatut diberikan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negeri, peruntukan Kerajaan Pusat disalurkan terus kepada unit di bawah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

dnsSedangkan, katanya, unit berkenaan sebenarnya menjalankan tugas sama dengan pegawai sedia ada yang bertugas di Pejabat Daerah, menyebabkan berlakunya pertindihan tugas.

“Kita ada cadangan untuk mengemaskini pengurusan di Pejabat Daerah yang mana Penolong Pegawai Pembangunan mendapat saluran dana daripada Kerajaan Pusat,” katanya yang menjawab soalan tambahan dari Shuhaimi Shafei (PKR-Sri Muda).

Sehubungan itu, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi Negara bagi menolak pertindihan tugasan itu, namun ditolak.

“Mereka menolak. Tidak selesa dengan perbincangan saya, sebab dari segi pengurusan ia rugi dan saya tidak bersetuju kerana satu tugas ada dua jawatan.

“Namun, ia tidak diterima. Bagaimanapun saya akan memperuntukkan dana-dana kepada Pejabat Daerah untuk melaksanakan pelbagai kegunaan.

“Peruntukkan itu boleh digunakan kepada penduduk khususnya di luar bandar,” katanya.

Shuhaimi dalam pertanyaan tambahan berharap Kerajaan Negeri memperuntukkan peruntukkan khas kepada Pejabat Daerah untuk kegunaan pembelian tong air dalam menghadapi krisis air ketika ini.
EZY

Tiada ulasan: