Jumaat, 4 April 2014

MB : Hasil sumber negeri untuk kebajikan rakyat

Oleh : NORFARAHIDAYU BAHARUDIN


KAJANG : Seramai 80 penerima bertuah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) menyambut hari kelahiran mereka bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, di Kampung Sungai Sekamat, di sini, hari ini.

Abdul Khalid menegaskan, program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) akan sentiasa menjaga kebajikan penerimanya tanpa mengira usia.

Abdul Khalid berkata, penerima TAWAS yang lahir pada tahun 2008 sudah menerima sumbangan jom shopping, manakala penerima yang lahir pada tahun 2009 dan 2010 bakal menerima bonus RM30.

khalid“Program TAWAS akan merapatkan kita dan semua anak Selangor dengan kerajaan negeri.

“Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan sentiasa memastikan semua rakyat di negeri ini merasakan hasil kebajikan daripada sumber negeri,” katanya.

Penerima juga akan diberikan insurans khairat kematian bernilai RM1500 kepada pendaftar yang meninggal sebelum berusia 18 tahun.

Kebanyakan ibu bapa penerima menyatakan kesyukuran atas program yang dianjurkan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Raja Nor Fauzura Raja Mohd Fauzi berkata, dia sangat berasa bersyukur apabila menerima berita anaknya, Raja Nor Farisha Raja Mohd Saleh terpilih sebagai salah seorang penerima Tawas.

tawas logo bear“Kami sekeluarga amat bersyukur pada kerajaan negeri dan TAWAS. Majlis sebegini sangat baik kerana dapat merapatkan hubungan tanpa mengira bangsa.” Katanya ketika ditemubual.
Ibu penerima, Ratiah Abbas pula menyifatkan dia ibarat menerima kejutan apabila anak bongsu, Nur Zalaikha Abdullah dihubungi untuk menyambut hari kelahiran bersama Menteri Besar.

“Pada kami, bukan senang untuk dipilih sebagai penerima dan Alhamdulillah kerana anak bongsu saya sangat bertuah kerana terpilih. Saya sangat bersyukur dan terharu dengan usaha kerajaan negeri, katanya.

Abdul Khalid turut menyampaikan sijil penyata akaun yang bernilai RM1500 kepada setiap 80 penerima yang turut dihadiri Exco Wanita dan Kebajikan, Rodziah Ismail dan Penasihat YAWAS, Datuk Anuar Md. Zin serta dihadiri hampir 500 orang penduduk.-NFN-

Tiada ulasan: