KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR R: Penolakan mahkamah terhadap permohonan lanjutan masa bagi memfailkan rayuan terhadap sabit kesalahan Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tindakan zalim, kata Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.
Menurutnya, Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Nor Khamilah Aziz sebaliknya meminta Anwar memfailkan permohonan formal, termasuk notis usul, bagi meminta lanjutan masa bagi memfailkan alasan rayuan.
“Dia suruh kita buat petisyen, padahal dia tahu esok sudah dateline (tarikh akhir). Tak ada masa dah. Kita akan terlepas tarikh itu.
“Ini bukti mahkamah zalim terhadap Karpal, tak ada timbang rasa. “Anwar nak dizalim, Karpal pun dia nak zalim juga,” kata Latheefa kepada Keadilandaily.
Tambahnya, mahkamah tidak boleh menolak permohonan ini kerana kejadian yang berlaku bukan perancangan.
“Kematian Karpal Singh adalah satu kemalangan yang yang tidak dijangka. Mahakamah tidak boleh sesekali mempertikainya.
“Kalau peguam kamu dah meninggal dunia. Kamu tak boleh pertikai kematian seseorang. Itu dianggap biadap dan tak menghormati si mati.
“Ini tindakan yang tidak sepatutnya. Orang dah tak ada tapi kamu masih nak menzaliminya,” kata Latheefa.
Tambahnya, Ramkarpal Singh yang merupakan anak Karpal telah menulis kepada Mahkamah Persekutuan meminta lanjutan masa bagi memfailkan rayuan untuk kes Fitnah II tersebut.
“Beliau berharap untuk mendapat jawapan hari ini sama ada mahkamah mengizinkan masa dua minggu untuk memfailkan alasan rayuan,” katanya.
Mahkamah Rayuan menghantar alasan rayuan kepada firma guaman Karpal 16 April lalu, yang memberikan mereka masa 10 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan