Sabtu, 19 April 2014

Industri Selangor dijangka berkembang 6.5%

Oleh: Lizawati Madfa


SHAH ALAM  : Sektor perindustrian Selangor dijangka terus menjadi penyumbang terbesar sektor perindustrian di Malaysia berbanding negeri-negeri lain.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, bagi 2014, sektor perindustrian dijangka tumbuh antara 6 hingga 6.5 peratus.

dnsKatanya, pertumbuhan itu bersamaan dengan sumbangan sekurang-kurangnya 37 peratus kepada KDNK negeri.

“Dari segi sumbangan kepada KDNK negeri, sektor perindustrian juga konsisten menyumbang sekitar 37 peratus sejak 2008 dan pada tahun lepas, sumbangan adalah 37.8 peratus.

“Dari segi pertumbuhan tahunan, sektor perindustrian tumbuh pada kadar 6.2 peratus pada tahun lepas berbanding 2012,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berhubung sumbangan sektor perindustrian kepada ekonomi Selangor sejak tahun 2008.

Mengulas lanjut, Ean Yong (DAP-Seri Kembangan) berkata, sektor perindustrian merupakan penyumbang kedua terbesar kepada KDNK dan pertumbuhan ekonomi negeri selepas sektor perkhidmatan.

“Dari segi nilai, sektor perindustrian meningkat daripada RM 51 billion pada tahun 2008 kepada RM 68.2 juta pada tahun 2013,” katanya lagi.EZY

Tiada ulasan: