LIWAT II Mahkamah Rayuan menyifatkan
kelayakan dua ahli kimia Australia yang menjadi saksi pembela dalam kes
Liwat 11 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai hanya "pakar teori"
dan berkata bahawa keterangan mereka kurang nilai pembuktian.
Dalam penghakiman 85 muka surat, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tidak berlaku pengubahan pada sampel yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana menurut ahli kimia tempatan, Dr Seah Lay Hoong bahawa bekasnya masih dalam keadaan baik.
Panel Mahkamah Rayuan yang mendengar dan membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan tidak bersalah terhadap Anwar, terdiri Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Menurut mereka, keterangan Dr Brian McDonald (kanan) dan Dr David Wells hanyalah pendapat semata-mata, sedangkan keterangan dua ahli kimia tempatan merupakan fakta dan berdasarkan analisis yang mereka lakukan ke atas sampel tersebut.
Pengetahuan McDonald dan Wells, menurut panel hakim itu, tidak berdasarkan pengalaman menjalankan sendiri ujian ke atas analisis tersebut, tetapi hanya dengan membaca manual protokol pengekstrakan DNA yang dikeluarkan.
Kerana itulah, kata panel itu lagi, pakar asing itu tidak dapat menghargai penjelasan yang diberikan oleh Seah mengenai pengekstrakan DNA yang dilakukannya kerana dua pakar Australia itu tidak pernah menjalankan prosedur itu sebelum ini.
Panel itu berkata mereka bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa keterangan pakar-pakar asing itu bersifat spekulasi dan teori jika tidak hipotetikal, dan oleh itu kekurangan nilai pembuktiannya.
Menurut panel itu lagi, mereka juga mendapati ada merit dalam kritikan pihak pendakwa terhadap pakar asing itu.
Pada pandangan mereka, komen dan kritikan dua pakar asing itu terhadap dua ahli kimia tempatan berkaitan analisis mereka dan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengambil sampel itu dan menyediakan laporan tersebut, tidak mempunyai nilai pembuktian yang dapat menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pihak pendakwaan atas berlaku penetrasi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan