Para panelis akan mengupas suasana politik tanah air yang semakin membahang ketika banyak pihak menjangkakan jika tidak dikawal dengan baik Pilihan Raya Umum ke-13 boleh mencetuskan huru-hara.
Untuk mengulas isu ini dengan lebih terperinci, Sinar Harian menampilkan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan Penasihat Undang-undang Pas, Hanipa Maidin.
Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya.
Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini mulai jam 2.30 petang.
Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai wacana ini boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.
Masuk adalah percuma.
Ikuti makluman semasa di www.sinarharian.com.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan