Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man |
Hampir semua ucapan dalam Perhimpunan Agong Umno (PAU) diarah kepada Pakatan Rakyat (PR). Ucapan bergegar-gegar dengan pelbagai ugutan, amaran dan ego sehingga Menteri Besar Pahang menggunakan frasa seperti “potong telinga” dan “terjun sungai Pahang” seandainya PR berjaya menawan Bentong.
Malah,
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil pula tidak segan-silu
mengugut rakyat bahawa peristiwa Mei 13 bakal berulang seandainya UMNO
ditolak dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang.
Biasanya
PAU adalah medan penting kerajaan bagi merangka dasar membela nasib
bangsa Melayu dan perancangan masa depan negara, samada ekonomi, sosial
dan agama. Namun, persidangan kali ini diadakan seolah-olah sebagai
pra-kempen PRU13 dengan menghentam PR dan medan Umno berkempen sesama
ahli Umno.
Namun semua ini jelas
menandakan Umno kini berada dalam situasi ketakutan tidak menentu.
Gambaran ketakutan ini mencerminkan gelora dalaman Umno bahawa mereka
kini berhadapan dengan realiti rakyat yang akan menolak mereka dalam
PRU13.
Lebih menarik, perhimpunan kali ini diwarnai dengan serangan ahli perniagaan kontroversial Deepak Jaikishan terhadap ‘kawan lamanya’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya secara langsung.
Sesungguhnya,
rakyat menanti respon PM dalam ucapan penggulungannya, namun sayang
ianya langsung tidak disentuh oleh beliau di PAU. Jika peluang diambil
untuk membuat penjelasan, sudah tentu ia didengari oleh kebanyakan
rakyat kerana ucapannya diberi liputan begitu meluas.
Membiarkan
tuduhan sebesar ini tanpa penjelasan menambahkan keyakinan dan persepsi
umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak.
Demikian
juga serangan terbuka oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan
terhadap Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishamuddin Hussein yang mendakwa beliau mencampuri urusan pihak polis.
Dakwaan yang disambut dengan desakan agar Hishamuddin meletakkan jawatan
juga dibiarkan begitu tanpa sebarang ulasan diberikan di PAU.
Perwakilan Umno juga tidak bimbang maruah negara tercemar, bilamana negara luar ( Perancis) membicarakan soal rasuah pemimpin negara dalam isu Scorpene dengan sikap berdiam diri mereka mengenai isu tersebut ketika PAU. Ketakutan tehadap peguam Prancis sehingga beliau tidak dibenar masuk ke Malaysia, dan terpaksa mengadakan pendedahan di Singapura adalah sesuatu yang sangat mengaibkan.
Perwakilan Umno juga tidak bimbang maruah negara tercemar, bilamana negara luar ( Perancis) membicarakan soal rasuah pemimpin negara dalam isu Scorpene dengan sikap berdiam diri mereka mengenai isu tersebut ketika PAU. Ketakutan tehadap peguam Prancis sehingga beliau tidak dibenar masuk ke Malaysia, dan terpaksa mengadakan pendedahan di Singapura adalah sesuatu yang sangat mengaibkan.
PM
juga tidak mengambil peluang untuk menjelaskan kegagalan beliau
menunaikan janji untuk menurunkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib
Mahmud dalam pilihanraya negeri dua tahun lepas. Isu royalti minyak,
penghapusan kabotaj, isu tanah di Sabah dan Sarawak, isu keselamatan
negara antara isu utama yang rakyat menanti kenyataan dari pimpinan Umno
khasnya PM, juga tidak kedengaran di PAU.
Lebih
penting lagi, PM juga tidak menggunakan peluang untuk mengisytihar
perang terhadap budaya rasuah yang melanda kerajaan pimpinannya.
Namun
bagi Umno, semua ini bukan isu besar ibarat kata sebilangan perwakilan
Umno bahawa skandal RM40 juta yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah
Datuk Seri Musa Aman melibatkan jumlah yang sedikit dan remeh untuk
diperjelaskan.
Namun,
tiada yang perlu dihairankan kerana sikap ini jelas terpapar di PAU
Wanita Umno. Meskipun kini berhadapan dengan ejekan, Wanita Umno masih
menyanjung ketuanya, Shahrizat yang terpalit dengan isu NFC kerana
ketiadaan tokoh lain dalam sayap tersebut.
Yang
ada di PAU hanyalah kebimbangan PM terhadap sabotaj dalaman parti
bilamana akan ada yang tidak bersetuju apabila mereka tidak dicalonkan.
Kebimbangan PM menampakan bahawa isu cah keting sesama Umno bukan lagi
cerita di sebalik tabir, tetapi ugutan secara terang-terangan.
Di
sebalik keyakinan PM bahawa BN boleh menguasai majoriti besar dalam
pilihanraya umum, kenapa masih ada ugutan kepada rakyat dan serangan
khusus kepada PR di PAU. Ternyata mereka sedar keadaan semasa adalah
sebaliknya dan tindakan itu adalah sekadar reaksi panik kebimbangan
terhadap perubahan yang bakal berlaku.
PAS menggesa seluruh jentera parti meningkatkan gerakerja berfokus kepada sasaran dan mengemaskini seluruh jentera parti di semua peringkat.
PAS menggesa seluruh jentera parti meningkatkan gerakerja berfokus kepada sasaran dan mengemaskini seluruh jentera parti di semua peringkat.
Medium
terbaik ialah bertemu pengundi secara terus dan berhemah bagi
menjelaskan segala kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh media
perdana. Kita perlu menembusi setiap rumah pengundi dengan maklumat yang
jelas dan membina keyakinan mereka.
Paluan
gendang perang telah dibunyi. Jangan ada yang menghabiskan masa
menimbulkan polemik dalaman. Jaga perangkap musuh dan elakkan diri
daripada menjadi jurucakap bagi pihak musuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan