Sabtu, 22 Disember 2012

PMR: 4 sekolah kelolaan Yik lulus 100%

KL TODAY
 

KOTA BHARU: Empat buah sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (Yik) mencapai keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini berbanding tiga buah sekolah tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah Arshad pada sidang medianya berkata, selain itu, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu juga meningkat, iaitu 0.19 peratus.

Beliau berkata demikian ketika sidang medianya berhubung keputusan PMR di Putik, semalam.

Katanya lagi, tahun lalu keputusan PMR  tahun lepas 60.97 peratus, manakala tahun ini 61.16 peratus.

Amar berkata, empat buah sekolah yang mendapat keputusan 100 peratus iaitu Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Tahfiz Sains Bistanul Ariffin Tumpat, Maahad Tahfiz Sains Al Muhammadi, Bachok dan Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.

Beliau berkata, Maahad Muhammadi Perempuan mencapai keputusan 99.27 peratus, Mahaad Muhammadi Lelaki, 95.38 peratus.

Amar berkata, seramai 163 orang pelajar Maahad Muhammadi Perempuan memperolehi keputusan 9A dari 412 orang calon.

Beliau memberitahu, bukan hanya sekolah kawalan, sekolah di pinggir bandar sahaja yang memperolehi kecemerlangan, tetapi sekolah jauh dari pusat bandar juga mendapat keputusan yang baik.

Berkongsi rahsia kenapa kejayaan seringkali dapat dicipta oleh sekolah di bawah Yik, beliau berkata kemantapan program yang dianjurkan Yik dan sekolah membuatkan pelajar bertambah maju.

“Kita berharap bukan hanya dalam peperiksaan PMR, sebaliknya semua peperiksaan,” ujarnya.

Tiada ulasan: