Rabu, 12 Disember 2012

Penyelewengan Umno-BN Terengganu

 smnoor

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/kulitaudit.jpgDari Laporan Ketua Audit Negara 2011 Aktivti Jabatan/ Agensi Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU
- Pelbagai salah urus dan penyelewengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi Laporan Aktiviti Jabatan dan Agensi dibawah pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.

Berikut disenaraikan sebahagian daripadaya;

1.    Program Bantuan Rumah - Bantuan Atap terlebih Bayar  (ms 22)
harga atap yang dibayar melalui 3 baucar bayaran telah melebihi kadar harga yang dibenarkan harga atap yang dibayar melalui 3 baucar bayaran telah melebihi kadar harga yang dibenarkan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/ATAP_TERLEBIH_BAYAR.jpg
2.    Penggunaan Peruntukan Khas ADUN Tidak Mengikut Garis Panduan

a.    Beli komputer riba guna peruntukan khas adun (ms 25)
Sebanyak 14 buah komputer riba telah dibeli pada tahun 2010 berjumlah RM16,290 untuk kegunaan Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan 4 buah komputer riba untuk Pejabat Daerah Setiu pada tahun 2009 berjumlah RM5,968. Pemeriksaan Audit mendapati 6 daripada 14 buah komputer riba di Pejabat Daerah Kuala Terengganu tidak dapat dikesan semasa pengauditan dijalankan. Selain itu, Daftar Harta Modal juga tidak disediakan bagi pembelian komputer riba tersebut

b.    Perbelanjaan Untuk Kepentingan Individu  (ms 26)

peruntukan khas ADUN telah dibelanjakan untuk kepentingan individu bagi tujuan modal perniagaan berjumlah RM71,976 dan projek perniagaan berjumlah RM109,100. Bantuan yang diberikan kepada individu bagi tujuan perniagaan adalah seperti pembelian mesin kelapa hidraulik bernilai RM8,100, membina rumah burung walet berjumlah RM16,000 dan membina 3 buah bangsal memproses belacan berjumlah RM30,000

c.    Bayaran 2 Kali Kepada Pejabat Khidmat Masyarakat DUN (ms 27)

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/bayaran_dua_kali.jpg

3.    Prosedur dan Proses Pengambilan tanah


a.    Tidak Mengisytiharkan Pengambilan Di Bawah Seksyen 4 APT 1960 Bagi Tanah Yang Melibatkan Jajaran (ms 37)

Semakan Audit mendapati pengambilan tanah bagi Projek Pembinaan Jalan Dan Jambatan Dari Jeram Tok Kong Ke Bukit Guntung, Mukim Manir, Kuala Terengganu yang melibatkan 76 lot tanah bagi Fasa I dan 184 lot tanah bagi Fasa II tidak diwartakan di bawah Seksyen 4 APT 1960 terlebih dahulu di mana Agensi pemohon diberi tempoh 1 tahun selepas pewartaan di bawah Seksyen 4 APT 1960 (Borang A) untuk menyelesaikan kajian dan memutuskan sama ada hendak meneruskan pengambilan balik tanah atau tidak. Sebaliknya ia telah terus diwartakan di bawah Seksyen 8 APT 1960 (Borang D) masing-masing pada 24 Jun 2010 dan 28 Oktober 2010 tanpa menjalankan kajian keadaan fizikal tanah, aksesibiliti serta mengambil kira isu-isu sosial dan ekonomi penduduk tempatan

b.    Projek Pembinaan Longkang Dilaksanakan Sebelum Pengambilan Tanah (ms 38)

Pada tahun 2006, Majlis Daerah Marang telah melaksanakan Projek Pembinaan Longkang Di Jalan Masuk Perpindahan Pulau Kekabu, Mukim Rusila yang melibatkan 6 lot tanah iaitu Lot 2463 (GM 240), Lot 2464 (GM 241), Lot 3966 (GM 2541), Lot 3967 (GM 2542), Lot 3968 (GM 2543) dan Lot 3969 (GM 2544). Tanah yang digunakan bagi pembinaan longkang adalah seluas 0.0945 hektar dengan anggaran pampasan berjumlah RM89,703. Semakan Audit mendapati Majlis Daerah Marang tidak membuat permohonan pengambilan tanah yang terlibat sebelum melaksanakan projek berkenaan. Setelah menerima aduan daripada pemilik tanah, Majlis Daerah Marang telah mengemukakan permohonan pengambilan tanah kepada PTG pada bulan April 2011.

c.    Pembangunan Tanah tidak seperti pengambilan (ms 43)

Mengikut Seksyen 3 (1)(a) dan (b) APT 1960, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan bagi apa-apa maksud awam dan oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri adalah benefisial untuk rakyat dan kemajuan ekonomi. Lawatan Audit pada 21 September 2011 dan 24 November 2011 ke 8 tapak yang telah selesai dibuat pengambilan tanah mendapati 2 tapak telah dibangunkan sebagaimana yang dirancang dan 6 tapak lagi belum dibangunkan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/penggunaan_tanah_tak_sama_pengambilan.jpg

4.    Pembinaan Jerteh Souq (ms 59)


Kerja yang terkandung dalam Projek ialah membina Bazar A melibatkan kerja-kerja membaik pulih dan kerja infrastruktur termasuk kerja menanam cerucuk Bazar B telah ditawarkan secara tender terbuka kepada Kontraktor dengan nilai kontrak berjumlah RM22.5 juta dan tempoh siap selama 110 minggu. Tarikh milik tapak ialah pada 6 Mei 2007 dan tarikh patut siap Projek adalah pada 14 Jun 2009. Bagaimanapun sehingga Oktober 2011, Projek ini masih belum disiapkan sepenuhnya dengan status pencapaian kerja yang disiapkan sebanyak 96% dan pembayaran sejumlah RM21 juta telah dijelaskan kepada Kontraktor.

i.    Yuran perkhidmatan perunding terlebih bayar.
ii.    Kelewatan menyiapkan projek.
iii.    Permohonan perakuan kelambatan dan lanjutan masa lewat diluluskan.
iv.    Pelepasan tanggungjawab perunding terhadap perubahan kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor.
v.    Kualiti kerja tidak memuaskan.
vi.    Penggunaan bangunan sebelum Sijil Kelayakan Menduduki/Perakuan Siap atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara dikeluarkan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/bayaran_perunding_jerteh_souq_terlebih_bayar.jpg

Tiada ulasan: