Ahad, 23 Disember 2012

Makin Ramai Sedar Kebaikan Pengurusan Cekap, Akauntabiliti Kerajaan PR


MB ketua kampung JKKK 01

KUALA SELANGOR: Hasil amalan pengurusan yang cekap dan akauntabiliti yang dijalankan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah melipat-gandakan projek bermanfaat untuk rakyat Selangor.

Amalan tersebut juga telah mengekang ketirisan yang kerap berlaku dalam projek-projek yang dilaksanakan ketika Selangor ditadbir oleh Umno-BN sebelum ini.

Kesedaran ini bukan sahaja di peringkat menteri besar dan exco PR Selangor tetapi telah diterapkan ke ketua-ketua kampung.

Ketua Kampung Ampangan, Hamidon Salim berkata konsep “value for money” (memperoleh nilai untuk setiap sen) telah memastikan bahawa projek dari dana awam betul-betul memberi faedah kepada rakyat.
MB ketua kampung JKKK 02

“Sebelum ini terlalu banyak dengar tentang ketirisan, sebut harga terlalu tinggi, perlaksanakan projek tidak sempurna.

“Tetapi Alhamdullilah dengan pendekatan yang Menteri Besar buat, begitu jimat,” katanya bila ditemui selepas perasmian Bengkel Perancangan Projek Pembangunan 2013 Daerah Kuala Selangor di sini malam tadi.

Bengkel tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Kampung Sungai Burong, Md Yatim Mohd Said pula berkata, bengkel dua hari itu memberi pengetahuan berguna kepada pemimpin masyarakat akar umbi tentang selok-belok sesuatu projek pembangunan luar bandar.

“Pada saya program ini sangat bagus untuk menambah pengetahuan Ketua Kampung yang selama ini tidak berapa memahami prosedur sekiranya kita memohon sesuatu projek di kampung dengan manfaat secara maksima kepada masyarakat kampung,” kata Md Yatim.

Dalam ucapannya, Abdul Khalid berkata konsep “value for money” memastikan setiap sen memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

“Contohnya, kalau dahulu, RM2 juta cuma boleh buat satu dewan, tetapi kalau satu dewan kita dapat buat dengan kos RM1 juta sahaja, kenapa kita tidak buat dua dewan dengan peruntukan RM2 juta itu,” ujar Abdul Khalid.

Menurut Abdul Khalid, semua pihak boleh mendapat projek Kerajaan Negeri asalkan menepati piawaian, syarat serta prosedur yang ditetapkan dan bukan semata-mata kerana mempunyai hubungan politik, saudara atau kawan dengan pihak tertentu.

MB ketua kampung JKKK 03
Bengkel dua hari itu bertujuan memberi kefahaman kepada Ketua Kampung, Penghulu, Ahli Majlis dan pemimpin masyarakat tentang cara perlaksanaan dan keutamaan sesuatu projek di luar bandar.

Program yang dianjurkan Pejabat Daerah Kuala Selangor ini disertai kira-kira hampir seratus peserta dari Kuala Selangor.

Tiada ulasan: