SINAR HARIAN
GEORGE TOWN - Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 10,
Pangsapuri Desa Iswara, Taman Relau, Bayan Lepas di sini malam tadi.
Ketua Polis Daearah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian
pukul 9.25 malam itu, Jenson Tan Eng Hu, 22, dikatakan masuk ke dalam
bilik tidurnya selepas makan ubat.
"Sepupu dan ibunya yang berada di ruang tamu tiba-tiba terdengar bunyi
seperti objek terjatuh sebelum menemui mangsa mati tertiarap di halaman
pangsapuri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata Tan menerima rawatan psikiatri sejak empat tahun lepas kerana mengalami gangguan mental.
Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang
untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes berkenaan
sebagai mati mengejut.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan