Ketua
MCA Bahagian Tampin ditemui mati dalam bilik rumahnya di Taman
Gemencheh Baru, dekat sini, semalam.Gan Choong Bee, 58, ditemui mati
terbaring oleh anaknya, Gan Eng Heng, 30, kira-kira 12 tengah
hari.Choong Bee antara lima calon yang disebut-sebut bakal bertanding
di Dun Repah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Menurut
Naib Presiden MCA Bahagian, Peter Yoong Mok, kebiasaanya ketuanya itu
akan sampai ke Pejabat MCA di Kampung Baru Tampin sekitar 9 pagi dan
menguruskan pelbagai kerja berkaitan parti serta duan masyarakat.
“Bagaimanapun
pagi ini (semalam), dia tidak datang ke pejabat dan menyebabkan kami
termasuk anaknya (Eng Heng) yang juga ahli jawatankuasa MCA gusar
apabila beliau tidak dapat dihubungi.
“Anaknya pulang ke rumah di Pekan Gemencheh dan terperanjat apabila melihat ayahnya sudah terbaring sejuk atas katil dalam bilik,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
“Anaknya pulang ke rumah di Pekan Gemencheh dan terperanjat apabila melihat ayahnya sudah terbaring sejuk atas katil dalam bilik,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika
dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan
dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.
Choong Bee
(gambar kecil atas) memegang jawatan sebagai Ketua MCA Bahagian Tampin
sejak tiga tahun lalu selepas mengambil alih jawatan bapa saudaranya,
Datuk Gan Chin Yap yang juga Ketua MCA Bahagian sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan