Selasa, 11 Disember 2012

Kes Tanah Banggol Donas; Kerajaan Umno-BN 'Cabul' Hak Rakyat

 Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/sidang%20dun%20bajet.jpgKUALA TERENGGANU - Laporan Ketua Audit Negara bagi Aktivti Jabatan/ Agensi Negeri Terengganu mengesahkan Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mewartakan di bawah Seksyen 4 APT 1960 terlebih dahulu dalam kes pengambilan tanah bagi Projek Pembinaan Jalan Dan Jambatan Dari Jeram Tok Kong Ke Bukit Guntung.

Ahli Dewan Undangann Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr Alias Razak menyifatkan tindakan kerajaan Umno-BN itu sebagai mencabul hak-hak rakyat sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara.

"perlembagaan persekutuan memperuntukkan, tidak boleh melucutkan mana-mana hak rakyat tanpa mewartakannya terlebih dahulu seperti kes tanah Kampung Banggol Donas yang termasuk dalam Projek Pembinaan Jalan Dan Jambatan Dari Jeram Tok Kong Ke Bukit Guntung,

"ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, mukasurat 37,"jelasnya.

Beliau bekata demikian ketika berucap membahaskan pembenatangan bajet 2013, Sidang DUN Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini pada hari ini, Selasa 11 Disember.

Tiada ulasan: