Nak buat satu dasar dalam negara ini. Apa yang perlu pemimpin-pemimpin kita lakukan adalah melaksanakan satu dasar yang memenangkan majoriti, bukannya manoriti. Sekali lagi MAJORITI bukannya MINORITI. Jikalau di dalam sistem pendididkan negara, siapa majoritinya? Anak-anak kita yang dahagakan ilmu daripada guru-gurunya…..
Guru Bermasalah di Sekolah
Hanya 235 guru atau 0.05 peratus didapati bermasalah dan kini dimasukkan ke Jawatan Kumpulan selain disaran mendapatkan rawatan psikiatrik.
Andaikata ini hanya kes terpencil.
Singkirkan sahaja guru seperti ini. Gantikan dengan bakal guru yang
lebih berkaliber. Ramai lagi anak-anak muda yang diluar sana yang begitu
berkobar-kobar untuk mendidik anak bangsa kita semua. Takkan masih mahu
disimpan lagi guru yang bermasalah.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkembangan guru terbabit dipantau oleh pentadbir sekolah yang menyediakan laporan berkala kepada pihak berkepentingan termasuk Bahagian Psikologi dan Kaunseling kementerian. Kementerian menyediakan perkhidmatan sokongan sosial menerusi kaunselor organisasi secara berterusan bagi membantu guru yang menghadapi gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak bermoral seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
Kadang-kadang kami terfikir. Mungkin
bukan semua. Kami pasti di sini ramai guru-guru yang berprestasi baik di
sini. Cuma beza guru dahulu dengan guru sekarang. Guru dahulu azamnya,
cita-citanya, niatnya mahu membantu mendidik anak bangsa kita kerana
mereka sudah tanamkan diri yang mana mereka benar-benar minat dalam
bidang perguruan.
Realiti yang berlaku hari ini, ada
kalangan guru yang terkandas dalam jurusan yang dia minat pada mulanya
akhirnya memilih profesiona perguruan sebagai pilihan kdua dan terkahir.
Ada juga yang tidak mendapat kerja dalam bidang yang diminati tetapi
terpaksa akur dengan pelbagai tuntutan sehingga memaksa golongan seperti
ini memilih profesion perguruan sebagai pilihan terakhir walaupun tidak
minat sebenarnya.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Johari Mat pada persidangan Dewan Negara di sini yang ingin tahu bentuk pemantauan yang dilakukan kementerian terhadap guru yang bermasalah atau terpengaruh LGBT.
Kata Mohd Puad, hasil intervensi kementerian, bilangan guru yang menghadapi gangguan mental berkurangan kepada 530 orang sahaja setakat ini, berbanding 774 pada 2009 dan 747 pada 2010. Menjawab soalan tambahan Senator Jamilah Sulaiman, beliau berkata hanya 23.52 peratus guru menghadapi gangguan mental akibat stres organisasi iaitu tekanan kerja berbanding 76.47 peratus kerana faktor keturunan dan gangguan personaliti sebanyak 52.94 peratus.
Kadang-kadang sebahagian sistem
pendidikan negara yang ada hari ini sudah berada di landasan yang betul.
Cuma perlu digarap lagi untuk menjadi lebih baik dengan cuba mencontohi
sistem pendidikan di Finland.
“Dalam membantu meringankan beban guru pula, kementerian melalui jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru sentiasa mengambil tindakan terhadap syor-syor yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik negara ini,” katanya.
Ini katanya termasuk menetapkan guru hanya bertugas pada hari Sabtu sahaja dan menyediakan kakitangan sokongan supaya guru tidak melakukan tugas pengkeranian atau penjagaan stor sekolah. [Sumber : Bernama]
Tahniah. Harap-harap menjadi kenyataan. Ini kerana, sistem kemauskan data yang disediakan selama ini termasuklah Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang mengundang kontroversi (KLIK SINI)
dan pertikaikan daripada kalangan guru-guru ini seperti melepaskan
batuk ditangga. Guru ini kami faham banyak tugas yang pelru
diselesaikan. Sekurang-kurangnya tekanan dan bebanan kerja serta tugasan
yang perlu diselasaikan terasa kurang apabila sistem yang disediakan
berada dalam keadaan terbaik.
Inilah masalahnya apabila pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah buat “manpower gap
assessment daripada 3rd party”.
P/S : Agaknya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mahu berapa peratus % guru yang bermasalah di sekolah baru hendak bertindak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan