Perkara itu disampaikan sendiri oleh isterinya, Datuk Siti Nurhaliza melalui laman mikro Twitter.
“Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan berjaya. Mohon doakan terus. Terima kasih semua. Hanya ALLAH yang akan membalas jasa baik kalian,” kata Siti menerusi mesej Twitter kira-kira jam 4 petang tadi.
Salah seorang anak Datuk K, Muhammad Azief juga memaklumkan mengenai keadaan ayahnya menerusi Twitter.
“Pembedahan ayah berjalan lancar,” katanya.
Dalam mesej yang ditulis kira-kira jam 7.30 pagi tadi, seorang lagi anak Datuk K, Mohd Asyraf berkata, pembedahan akan mengambil masa lapan jam.
“Terima kasih atas doa semua dan tolong terus mendoakan,” katanya.
Khamis lalu, Datuk K terlibat dalam kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand.
Beliau mengalami patah bahu dan kaki serta patah tiga batang gigi.
Siti Nurhaliza dan anak-anak Datuk K berada di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand sejak hujung minggu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan