Selasa, 4 Disember 2012

DAP dakwa tanah murah Umno jadi projek kondo

 


 
MP DAP Tony Pua hari ini mendakwa sebidang tanah murah yang diperolehi Umno Subang pada tahun 2004 – yang didakwa diperolehi untuk kepentingan rakyat – kini menjadi tapak sebuah kondominium.

Pua yang melawat tapak berkenaan mendakwa, tanah yang diperolehi Umno Subang pada tahun 2004 pada RM1 sekaki persegi kini bernilai RM200 sekaki persegi.

Aktiviti yang kini dijalankan di atas tapak berkenaan ialah itu pembangunan projek Suria Damansara – kondominium 200 unit yang setiap satunya dianggarkan berharga RM450,000, dakwanya lagi.

"Apabila mereka (BN) menafikan dakwaan kami, mereka kata tanah itu untuk bina tadika dan dewan komuniti dan perkhidmatan lain. Tetapi, ini bukan kes sebenar," katanya.

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim pada bulan lalu mendedahkan BN membeli 24 keping tanah di Selangor pada harga hanya RM1 sekaki persegi sekitar tahun 2004 ke 2008.

Tiada ulasan: