Jikalau sebelum ini pembaca Berita Semasa mungkin sudah membaca laporan DI SINI
yang menjangkakan rakyat Malaysia perlu berpandapatan RM12,000 sebulan
untuk membeli sebuah rumah teres yang berharga RM800,000. Iaitu 8 tahun
daripada sekarang. Bersedialah semua di sini….
Hakikat dan realiti harga rumah semakin melonjak tinggi berkali ganda ketika ini sedangkan….. perbezaan peningkatan GAJI rakyat Malaysia tidak banyak berubah. Belum dimasukkan sekali peningkatan kos barang-barang lain….
Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
- Kos sara hidup meningkat tinggi tak seimbang dengan pendapatan kalangan rakyat Malaysia
- Gaji nak 13% harga barang pula naik sehingga 70%. Itupun kenaikan gaji tidak tidak meliputi kesemua golongan yang berkerja di Malaysia. Bergantung dengan majikan masing-masing. Ada yang naik ada yang tidak……Ada yang terpaksa menuntut berkali-kali, ada yang hampir pasti menunggu habuan besar setiap tahun
- Manakala, kenaikan kos sara hidup tetap perlu ditempuh
- Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
Dan bagi sudah tiba masanya untuk
Dasar Perumahan Negara perlu dikaji semula supaya dilihat sesuai
dengan peredaran zaman & realiti yang berlaku hari ini. Sedangkan,
kita masih lagi menggunakan dasar lama yang masih tidak dikaji semula
Keadaan (harga) tanah semakin tinggi, tetapi dasar kita masih dasar yang ke belakang
- Penetapan kadar harga rumah mampu milik juga perlu dikaji semula kerana kadar RM200,000 hingga RM400,000 pada masa ini masih tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah di bandar.
- Pemaju yang sanggup bina rumah mampu milik, pelannya diproses dengan kadar segera supaya dapat membantu menurunkan ‘holding cost’ dan rumah boleh dibina pada kadar harga lebih murah
- Kerajaan mewujudkan bank tanah dengan bertindak membeli tanah yang boleh dibangunkan di seluruh negara bagi mengawal kenaikan harga rumah di masa akan datang
- Lain? Ada nak tambah?
Satu Lagi Masalah Riba di Malaysia :
Ini satu lagi masalah bagi kami perlu sangat dikaji semula. Sangat menindas rakyat!Pinjaman Tanpa Faedah(andaikata ia wujud di Malaysia)
Pinjaman Dengan Faedah (Inilah realiti yang berlaku hari ini)
- harga rumah rm200,000
- tempoh bayar balik 25 tahun (300 bulan)
- pengiraan pinjaman:-RM200,000/300 BULAN = RM666 SEBULAN! Ini jumlah yang sepatutnya anda bayar setiap bulan
P/S : Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang bagi mengadapi beberapa lonjakan harga rumah untuk beberapa tahun mendatang?
- Harga rumah RM200,000
- Tempoh bayar balik 25 tahun (300 bulan)
- Faedah (riba) 6% setahun (ikut standard)
- Pengiraan pinjaman:- 6% setahun x RM200,000 = RM12,000 setahun (faedah = riba)
- RM12,000 x 25 tahun (tempoh pinjaman) = RM300,000!! (faedah = riba)
- Jadi, harga rumah RM200,000 + RM300,000 (faedah =r iba) = RM500,000
- RM500,000 / 300 bulan = RM1666
- Kepada pembuat dasar negara? Adakah mereka sedar atau tidak? RIBA yang bagi kami sangat-sangat tidak munasabah dan berperikemanusiaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan di Malaysia!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan