Selasa, 11 Disember 2012

Aktivis: Putrajaya harus tangguh lesen Lynas jika ikhlas mahu pelihara alam sekitar

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

Tapak operasi Lynas. — Gambar fail Reuters
 
KUALA LUMPUR— Kerajaan harus menangguhkan serta merta lesen sementara kilang pemprosesan nadir bumi Lynas bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia bukan sekadar retorik, kata pejuang alam sekitar. 
 
Aktivis alam sekitar berkata, kenyataan dari pengarah urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad bahawa syarikat tersebut tidak akan menghantar keluar sisa radioaktif, sebaliknya diproses di dalam negara membuktikan dakwaan bahawa Putrajaya bersekongkol dengan syarikat perlombongan Australia dan tidak akan menutup kilang tersebut walaupun ia membahayakan kesihatan dan ekologi telah dibuktikan.

"Jika kerajaan serius, sila lakukannya sekarang. Saya tidak mahu tindakan dilakukan selepas pilihan raya. Lakukan sekarang, hari ini," kata pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi semalam.

Beliau berkata, ketua pengarah Badan Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum ini berkata bahawa lesen operasi sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas membenarkan pengeluar nadir bumi itu untuk diproses dalam relau awal bulan ini berdasarkan perjanjian bahawa mereka akan mengeksport sisa radioaktif -- dengan empat kementerian bertanggungjawab dalam portfolio yang berkaitan dengan projek Lynas.

Dalam kenyataan bersama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Unggah Embas dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan Lynas mesti menghormati klausa perjanjian untuk membuang sisa dari pemprosesan nadir bumi keluar dari negara ini, dalam kerajaan cuba menangani kebimbangan orang ramai mengenai kilang pemprosesan kontroversi ini.

Kabinet juga menyokong saranan ini, kata mereka lagi. "Kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu kesihatan dan keselamatan rakyat di samping alam sekitar apabila berurusan dengan Lynas," kata menteri-menteri tersebut dalam satu kenyataan.

Mereka juga berkata jika Lynas gagal mengikut syarat ini, AELB mempunyai kuasa dibawah Seksyen 22 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) untuk menangguhkan atau membatalkan TOL Lynas serta mengarahkan penutupan serta merta.

Lynas Corp mengulangi komitmen mereka untuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia semalam.

Syarikat tersebut menafikan mereka akan menyimpan sisa tersebut di Malaysia, sebaliknya akan menukarkan sisa tersebut kepada bahan yang lebih selamat.

Marshal berkata, bahan tersebut akan dieksport berdasarkan standard dalam dan luar negara dan akan digunakan untuk bahan kejuruteraan awam.

Agensi berita kerajaan Bernama melaporkan Lynas menunjukkan demonstrasi ke atas kilang ini pada 7 Disember lalu kepada orang ramai dan wartawan bahawa bahan mentah tersebut adalah selamat kepada orang ramai, serta melaporkan kilang tersebut akan kilang pemprosesan penukaran sisa tersebut telah dibina di LAMP sudah mula bersedia untuk beroperasi.

Kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng itu mempunyai isu yang serius kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), terutamanya pilihan raya semakin hampir dalam masa beberapa bulan ini.

Tetapi Wong berkata, tindakan kerajaan tidak menunjukkan mereka benar-benar mahu membawa janji terhadap Lynas memandangkan masih membenarkan mereka walaupun syarikat tersebut melanggar beberapa syarat sebelum diberikan TOL, kata seorang lagi pemimpin akar umbi, Tan But Teet.

AELB memberi lesen TOL kepada Lynas pada awal Februari. "Sudah sepuluh bulan dan Lynas berkata mereka tidak akan mengeksport sisa mereka. Apa jalan penyelesaiannya?" katanya lagi.

"AELB mesti menjawab semua persoalan", kata Tan, seperti Wong, yang tinggal di Kuantan, berhampiran Gebeng di mana kilang pemprosesan termaju Lynas (LAMP) dalam tempoh percubaan dalam memproses nadir bumi untuk industri teknologi tinggi seperti telefon pintar.

Ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang menjadi penentang utama projek Lynas memberitahu The Malaysian Insider bahawa kerajaan hari ini mahu mengaburi mata rakyat dengan mengulangi kenyataan bahawa pengurusan sisa tersebut tidak melanggar undang-undang, berdasarkan 11 cadangan dari pemeriksa radioaktif global seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) selepas melawat ke kilang tersbut awal tahun ini. 
 
Beliau mengata, kerajaan mempunyai kuasa untuk menentang Lynas dan menangguhkan tempoh lesen sementara mereka, dengan menggunakan Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA), yang digubal tahun lalu termasuk menambahkan klausa tambahan kepada Lynas.

"Ada undang-undang dalam EQA yang boleh menghentikan Lynas, tetapi kerajaan tidak menunjukkan minat dan komitment untuk menggunakan undang-undang tersebut," katanya lagi.

Beliau berkata, klausa itu dibuat untuk mewajibkan penilaian kesan alam sekitar (DEIA) bagi memastikan sebarang projek yang melibatkan bahan radioaktif atau sisa radioaktif, tetapi Jabatan Alam Sekitar tidak lakukan kepada Lynas.

"Jika kerajaan bersungguh-sungguh, kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang ke atas Lynas bagi memastikan syarikat itu membuat penilaian terperinci kesan alam sekitar untuk beroperasi.

Kerajaan boleh menangguhkan pemberian TOL dengan memberikan mereka untuk membuat EIA.

Kerajaan sepatutnya menangguhkan pemberian TOL jika penilaian terperinci itu memberikan syarat supaya penilaian terperinci dikeluarkan dahulu.

Kerajaan mempunyai kuasa untuk menghalang TOL sebelum penilaian EIA, kerajaan seharusnya berbuat demikian," kata ahli parlimen PKR itu.

Tiada ulasan: