Sabtu, 1 Ogos 2020

Pelarian rasuah paling dikehendaki Indonesia Djoko Tjandra ditahan di Malaysia

Djoko Soegiarto Tjandra (baju jingga) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Perdana Halim Kesuma, Jakarta dengan pesawat khas disewa polis Indonesia
pada Khamis lalu. (Gambar AFP)

JAKARTA: Penjenayah rasuah paling dikehendaki di Indonesia, Djoko Soegiarto Tjandra, yang melarikan diri selama 11 tahun akhirnya ditahan di Malaysia dan dibawa pulang ke Jakarta Khamis lalu.

Media Indonesia melaporkan Djoko, 68, ditahan menerusi kerjasama polis Malaysia yang membantu mengesan suspek pada petang 30 Julai dan dibawa pulang pada malam sambutan Aidiladha.

Tiada butiran terperinci berhubung lokasi tangkapan itu dilakukan.

“Kami berjaya menangkapnya pada Khamis petang,” kata Ketua Agensi Siasatan Jenayah Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo, dipetik media tempatan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perdana Halim Kesuma di Jakarta bersama suspek pada 10.39 malam waktu Indonesia Barat.

istyo Sigit turut menyampaikan penghargaan kepada polis Malaysia yang bekerjasama membantu menahan Djoko.

Djoko dibawa pulang dengan pesawat khas disewa polis Indonesia, yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Djoko pertama kali ditangkap pada September 1999 kerana terlibat dalam kes rasuah berprofil tinggi Bank Bali.

Bagaimanapun, dia dibebaskan Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada 2000.

Kesnya kemudian dibawa ke Mahkamah Agung dan dia dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun serta denda Rp546 miliar (RM158.2 juta).

Namun, Djoko melarikan diri ke Papua New Guinea sehari sebelum keputusan mahkamah diumumkan dan sejak itu dia dilaporkan menetap di beberapa negara, termasuk Malaysia.

Listyo Sigit turut menyampaikan penghargaan kepada polis Malaysia yang bekerjasama membantu menahan Djoko.

Djoko dibawa pulang dengan pesawat khas disewa polis Indonesia, yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Djoko pertama kali ditangkap pada September 1999 kerana terlibat dalam kes rasuah berprofil tinggi Bank Bali.

Bagaimanapun, dia dibebaskan Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada 2000.

Kesnya kemudian dibawa ke Mahkamah Agung dan dia dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun serta denda Rp546 miliar (RM158.2 juta).

Namun, Djoko melarikan diri ke Papua New Guinea sehari sebelum keputusan mahkamah diumumkan dan sejak itu dia dilaporkan menetap di beberapa negara, termasuk Malaysia.

Henti tuntut Sabah elak hubungan dua hala terjejas, Musa beritahu Filipina

Muasa Aman berkata, rakyat Sabah tidak mengiktiraf atau mengakui sebarang
tuntutan Filipina ke atas negeri itu.

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman menggesa Filipina, termasuk menteri luarnya menghentikan tuntutan ke atas negeri itu demi kepentingan politik dalamannya yang akan menjejaskan hubungan dua hala.

Katanya, Sabah sebahagian daripada Malaysia dan ianya tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

Adun Sungai Sibuga itu berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Martin Idang dalam kes kerajaan Malaysia lawan Nurhina Kiram Fornan & Ors baru-baru ini memutuskan Sabah sebahagian daripada Malaysia dan negara lain tiada hak atau kuasa untuk mencampuri urusannya.

Beliau berkata, rakyat Sabah tidak mengiktiraf atau mengakui sebarang tuntutan Filipina ke atas negeri itu.

“Sabah sebahagian daripada Malaysia dan akan terus menjadi sebahagian daripada negara berdaulat sejak negeri ini menyertai penubuhan Malaysia.

“Penduduk di Sabah memilih untuk kekal di negeri ini kerana ia berada di Malaysia.

“Kami menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi bersama Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rabu lalu, Menteri Luar, Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata, ia akan memanggil Duta Filipina ke Malaysia, Charles C Jose untuk menjelaskan catatan Setiausaha Luarnya, Teodoro Locsin Jr di Twitter yang mendakwa “Sabah is not in Malaysia”.

Katanya, kenyataan itu tidak bertanggungjawab yang akan menjejaskan hubungan dua hala kerana Sabah masih dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Susulan itu, Locsin menerusi catatan di Twitternya berkata “tiada negara boleh memberitahu apa yang ia boleh dan tidak boleh kata” dalam rekasi terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia.

Sementara itu, bekas menteri luar, Anifah Aman dalam kenyataan berasingan membidas Locsin atas dakwaannya Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia.

Katanya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan persekutuan pada 16 Sept 1963.

Beliau berkata, kenyataan Locsin itu menunjukkan kejahilannya mengenai sejarah dan undang-undang antarabangsa, serta memberi amaran ia akan menjejaskan hubungan dua hala.

“Sabah sebahagian daripada Malaysia dan akan kekal demikian. Jelas ini semata-mata langkah politik (Locsin) yang tidak relevan dan tidak penting.”

134 ditahan langgar SOP PKPP pada hari pertama Aidiladha

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, 3,384 rakyat
Malaysia yang pulang dari luar negara kini menjalani kuarantin di stesen khas
yang disediakan sejak ia dilaksanakan semula pada 24 Julai.

PETALING JAYA: Polis menahan lebih 100 individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) pada hari pertama Aidiladha semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan yang dilakukan ialah hadir di pusat urut dan majlis keramaian yang melibatkan jumlah kehadiran yang ramai sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

“Semalam polis menahan 134 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 19 individu direman, manakala 22 individu dijamin. Seramai itu, 93 individu dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ialah ingkar arahan PKP, termasuk aktiviti di pusat urut tanpa lesen 12 orang; aktiviti yang tidak mengikuti SOP 33 orang; aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal 88 orang dan melanggar perintah pengawasan di rumah 1 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Katanya, polis juga membuat pemantauan SOP solat Jumaat di 2,294 masjid yang melibatkan 283,355

jemaah dan kesemua didapati mengikuti SOP yang ditetapkan serta mengikut saiz keluasan masjid.

Dalam perkembangan sama, 3,384 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara menjalani kuarantin di stesen khas yang disediakan oleh kerajaan sejak ia dilaksanakan semula bermula 24 Julai.

“Bermula 24 Julai 2020, kerajaan memutuskan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warganegara asing yang dibenarkan masuk ke Malaysia perlu menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan.

“Sejak 24 Julai sehingga 31 Julai 2020, seramai 3,384 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua ditempatkan di 14 Hotel dan 5 Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor dan Johor.

“Daripada jumlah itu, seramai 13 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Mereka pulang dari 23 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda dan Australia,” katanya.

Katanya, polis melakukan 2,271 pemeriksaan ke atas individu yang sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

“Polis bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan ke atas individu tebabit bagi memastikan SOP dipatuhi.

Dari 27 sehingga 31 Julai 2020, polis mengambil tindakan terhadap 6 individu kerana gagal mematuhi SOP ‘home quarantine’ yang ditetapkan,” katanya.

73 kerusi akan dipertandingkan dalam PRN Sabah, kata SPR

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah Rohiman Rahia hari ini.

“Sebanyak 73 kerusi akan dipertandingkan,” katanya ringkas.

Pengarah SPR Sabah Rohiman Rahia.

Pada pilihan raya umum ke-14, 60 kerusi DUN dipertandingkan, namun pada Julai tahun lepas Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah, menjadikan kedudukan semasa 73 kerusi .

Terdahulu itu, SPR dilapor mengesyorkan jumlah bahagian pilihan raya negeri bagi Sabah ditambah sebanyak 13 bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan bahagian pilihan raya negeri itu sebanyak 73.

Tiga belas DUN berkenaan ialah N02 Bengkoka; N06 Bandau; N08 Pintasan; N13 Pantai Dalit; N17 Darau; N24 Tanjung Keramat; N27 Limbahau; N44 Tulid; N47 Telupid; N51 Sungai Manila; N58 Lamag; N61 Segama dan N70 Kukusan.

PRN Sabah bakal diadakan selepas DUN semasa dibubarkan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal pada Khamis lalu, beberapa jam selepas bekas ketua menteri Musa Aman mendakwa blok pembangkang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru.

Ringgit dijangka terus menaik berbanding dolar AS minggu depan

Bank Negara Malaysia dalam sorotan bulanannya pada Selasa berkata, eksport
Malaysia meningkat semula sebanyak 8.8% pada Jun tahun ini selepas menguncup
25.5% pada Mei, 2020.

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan aliran menaik berbanding dolar AS minggu depan berikutan sentimen terhadap mata wang Asia kekal menarik di tengah-tengah ketidaktentuan mata wang Amerika Syarikat itu.

Pada mesyuarat 2 hari yang berakhir pada 29 Julai lepas, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menegaskan pendiriannya yang cenderung untuk menurunkan kadar faedah dan sebarang turun naik dalam pertumbuhan dan hasil bon akan diimbangi dengan sejumlah besar wang Fed yang dilabur dalam pasaran saham.

Penganalisis kanan pasaran OANDA bagi Asia Pasifik Jeffrey Halley berkata, paling penting, pengerusi Fed Jerome Powell mengulangi bahawa mereka akan bertindak sekiranya berlaku sebarang kekurangan dolar AS.

“Ini akan memberi kelegaaan kepada pasaran sedang pesat membangun dan membuka jalan bagi memulakan semula jualan dolar AS,” katanya.

Seorang lagi peniaga berkata sentimen terhadap ringgit akan didorong oleh peningkatan eksport yang dicatatkan pada Jun, 2020.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sorotan bulanannya pada Selasa mengumumkan bahawa eksport Malaysia meningkat semula dengan pertumbuhan sebanyak 8.8% pada Jun tahun ini selepas menguncup 25.5% pada Mei, 2020.

Menurut bank pusat itu, eksport dijangka beransur-ansur meningkat pada separuh kedua tahun 2020 susulan permintaan luaran yang bertambah baik berikutan pelonggaran langkah pembendungan yang dilaksanakan di kebanyakan negara.

Bagi asas Khamis hingga Jumaat, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada 4.2380/2420 daripada 4.2620/2660 pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0806/0849 pada Khamis daripada 3.0764/0797 pada Jumaat minggu lepas dan turun berbanding yen Jepun kepada 4.0350/0400 daripada 4.0068/0117.

Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.5102/5176 daripada 5.4268/4336 dan rendah berbanding euro kepada 4.9826/9882 daripada 4.9426/9481 sebelumnya.

Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat bersempena cuti umum Aidiladha.

Azmin: Jangan terlalu banyak ‘main politik’, fokus rakyat, ekonomi

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Mohamed Azmin Ali berkata, kenyataan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi
bahawa parti itu tidak akan menyertai PN tidak menjejaskan kerajaan semasa.

KUALA PILAH: Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali hari ini menasihati pihak yang berkenaan agar tidak terlalu banyak “bermain politik” kerana fokus kerajaan ialah kesihatan rakyat dan ekonomi negara.

Katanya pihak berkaitan juga harus mencontohi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang tidak begitu banyak berbicara mengenai politik memandangkan keutamaan beliau ialah untuk selamatkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat.

“Kita hari ini meletakkan isu kesihatan rakyat dan isu ekonomi sebagai fokus … jangan main politik banyak sangat sebab rakyat perlu pembelaan dan ini juga fokus perdana menteri.

“Beliau jarang sebut tentang politik kerana mandat yang diberikan kepadanya ialah untuk selamatkan ekonomi negara dan selamatkan rakyat daripada diserang wabak Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas program Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara di sini, hari ini.

Pada masa sama, Azmin juga menegaskan kenyataan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN) tidak menjejaskan kerajaan semasa.

Ini kerana katanya Umno kekal mendukung kepimpinan Muhyiddin untuk terus menerajui kerajaan persekutuan di bawah PN.

PN merupakan kerjasama politik melibatkan PPBM, Umno, PAS serta parti komponen Barisan Nasional, selain disokong oleh Gabungan Parti Sarawak.

Mengulas kenyataan pengerusi Umno Selangor Noh Omar bahawa Muafakat Nasional Selangor telah menyelesaikan 90% agihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, Azmin berkata isu tersebut belum dibincangkan bersama PN.

“Saya telah dimaklumkan perkara ini, tetapi perbincangan ini dibuat pada tahun lepas sebelum ada PN, tidak mengapalah, sebelum ada PN mereka bincang dengan MN (Muafakat Nasional).

“Itu benda yang logik, sekarang sudah ada PN kita kena bincang secara bersama, belum ada pilihan raya, tak bincanglah, pilihan raya lambat lagi,” katanya.

Ditanya mengenai surat tuntutan RM10 juta daripada PKR, bekas timbalan presiden parti itu berkata, beliau tidak akan melayani tuntutan berkenaan.

“Untuk apa? Kenapa saya perlu bayar mereka (PKR) RM10 juta? Jika saya ada duit sekali pun, saya akan serah (wang itu) kepada rakyat, saya tidak akan serahkan kepada parti yang sudah rosak seperti PKR,” kata Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak.

Sebelum ini, dilaporkan bendahari agung PKR Lee Chean Chung berkata, parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada 19 ahli Parlimen dan Adun PKR yang keluar parti, menuntut mereka membayar RM10 juta masing-masing kepada parti itu.

PEMBERITAHUAN:

BERITA-BERITA POLITIK DIPINDAHKAN KE DALAM KEMBAR BLOG ' AR RISALAH

Soalan lazim ePenjana

Wartawan MalaysiaGazette

mysejahtera

1. Apakah inisiatif ePENJANA?

• Program ePENJANA adalah satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), yang bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan pengguna.

• Ia juga bertujuan untuk menggalakkan amalan keselamatan melalui pembayaran tanpa sentuh dan membantu pihak kesihatan awam menjalankan pengesanan kontak rapat
untuk mengawasi penularan COVID-19 melalui penggunaan aplikasi MySejahtera.

• Dianggarkan 15 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada program ini di mana Kerajaan akan mengkreditkan ePENJANA bernilai RM50 yang boleh digunakan bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-Dompet yang terpilih iaitu Boost, GrabPay dan Touch n’ Go e-Wallet.

• Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-Dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk baucar, pulangan
tunai (cashback) dan mata ganjaran (rewards points).

2. Siapakah yang layak menerima ePENJANA ini?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur 18 tahun dan ke atas pada atau setakat 31 Disember 2020;
(c) Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun berdasarkan rekod terkini LHDN; dan
(d) Telah memuat turun dan berdaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera.
Setelah permohonan dibuat, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-Dompet pilihan anda.

3. Bilakah program ini akan bermula dan bilakah ia akan berakhir?

Bagaimana kredit ePENJANA dan insentif e-Dompet akan dikreditkan? Adakah kredit ePENJANA dan insentif e-Dompet mempunyai tarikh luput?

• Kredit ePENJANA boleh dipohon mulai jam 8.00 pagi pada 31 Julai 2020 sehingga 11.59 malam pada 24 September 2020.

• Setelah dipohon, kredit ePENJANA mesti digunakan sebelum jam 11.59 malam pada 30 September 2020. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePENJANA yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-Dompet pemohon.

• Anda berhak mendapat kredit ePENJANA bernilai RM50 sekali sahaja melalui satu sahaja e-Dompet pilihan anda sepanjang program ini. Setelah anda menerima kredit ePENJANA dari satu e-Dompet, sebarang percubaan untuk menuntut kredit ePENJANA tambahan dari e-Dompet yang lain akan ditolak oleh sistem.Bagaimana kredit ePENJANA dan insentif e-Dompet akan dikreditkan? Adakah kredit ePENJANA dan insentif e-Dompet mempunyai tarikh luput?

• Kredit ePENJANA boleh dipohon mulai jam 8.00 pagi pada 31 Julai 2020 sehingga 11.59 malam pada 24 September 2020.

• Setelah dipohon, kredit ePENJANA mesti digunakan sebelum jam 11.59 malam pada 30 September 2020. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePENJANA yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-Dompet pemohon.

• Anda berhak mendapat kredit ePENJANA bernilai RM50 sekali sahaja melalui satu sahaja e-Dompet pilihan anda sepanjang program ini. Setelah anda menerima kredit ePENJANA dari satu e-Dompet, sebarang percubaan untuk menuntut kredit ePENJANA tambahan dari e-Dompet yang lain akan ditolak oleh sistem.

• Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan (termasuk mendaftar di MySejahtera) dan telah disahkan di bawah proses electronic Know-Your-Customer (eKYC), kredit ePENJANA RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) akan dikreditkan ke dalam e-Dompet pilihan anda dalam tempoh lima hari dari tarikh permohonan.

• Insentif tambahan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan e-Dompet masing-masing bergantung kepada terma-terma dan syarat-syarat mereka. Sila rujuk kepada pengumuman dari penyedia perkhidmatan eDompet masing-masing untuk maklumat lebih lanjut, termasuk tarikh luput bagi insentif tambahan.

• Kredit ePENJANA dari sesebuah e-Dompet tidak boleh dipindahmilik ke akaun e-Dompet lain atau ditebus secara tunai.

4. Mengapa tiga e-Dompet ini dipilih untuk inisiatif ePENJANA?

• Boost, GrabPay dan Touch n’ Go eWallet mewakili sebahagian besar pasaran e-Duit dengan jumlah pengguna aktif seramai 21 juta orang dan jumlah rangkaian
merangkumi lebih dari 400,000 peruncit di seluruh negara.

• Ini merupakan sebuah platform yang siap tersedia untuk melancarkan ePENJANA dengan pantas, bagi memanfaatkan seramai mungkin Rakyat dan juga memberi
keselesaan dalam kredit ePENJANA untuk pilihan barangan dan perkhidmatan yang meluas.

• Anda boleh menggunakan RM50 ePENJANA untuk sebarang transaksi yang boleh dibayar melalui e-Dompet pilihan anda.

5. Bagaimana saya boleh memohon kredit ePENJANA?

• Anda perlu memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan memohon RM50 kredit ePENJANA melalui penyedia perkhidmatan e-Dompet pilihan anda.

Aplikasi MySejahtera

• Langkah 1: Muat turun applikasi MySejahtera dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play atau Galeri Aplikasi Huawei.

• Langkah 2: Sila masukkan maklumat peribadi (nama penuh seperti yang tertera pada NRIC Malaysia/Kod Ketenteraan Malaysia/Kod Polis Diraja Malaysia). Bagi pengguna sedia
ada, sila kemaskini maklumat peribadi anda (nama penuh seperti yang tertera pada NRIC Malaysia/Kod Ketenteraan Malaysia/Kod Polis Diraja Malaysia).

• Langkah 3: Teruskan memohon inisiatif ePENJANA melalui eDompet pilhan anda.
Aplikasi e-Dompet:

• Proses pengesahan pengguna baru dan sedia ada akan diteruskan melalui aplikasi e-Dompet.

• Langkah 1: Muat turun aplikasi e-Dompet oleh penyedia perkhidmatan e-Dompet yang turut serta dalam program ini dari Apple App Store, Google Play atau Galeri Aplikasi
Huawei.

• Langkah 2: Daftar sebagai pengguna baharu atau untuk pengguna semasa, ikuti arahan yang ditunjukkan dalam aplikasi e-Dompet.

• Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-Dompet akan mengesahkan identiti anda secara elektronik (electronic Know Your Customer atau eKYC).

• Langkah 4: Klik “tebus kredit RM50” di e-Dompet. Pengesahan identiti akan diteruskan untuk mengesahkan NRIC, kelayakan pendapatan, sama ada anda telah berdaftar dengani MySejahtera dan sekiranya anda telah melakukan tuntutan ePENJANA anda dari e-Dompet lain.

6. Mengapa permohonan saya tidak berjaya atau lambat diluluskan?

• Berikut adalah antara sebab-sebab permohonan anda tidak berjaya:
(a) Anda tidak menepati syarat-syarat kelayakan.
(b) Anda tidak mengemukakan maklumat yang lengkap.

• Mengambil kira trafik permohonan yang tinggi, kemungkinan terdapat kelewatan dalam mendapatkan kredit ePENJANA RM50 anda. Sebarang pertanyaan / kemusykilan mengenai kredit ePENJANA melalui e-Dompet pilihan anda, sila hubungi:

(a) Boost
– Telefon: +603-2260 9494
– E-mel: support@myboost.com.my
– Laman sesawang:
https://support.myboost.com.my/hc/enus/requests/new

(b) GrabPay
– Telefon: +603-2788 1300
– E-mel: epenjana@grab.com
– Laman Sesawang:
https://help.grab.com/passenger/enmy/360045705731-ePenjana-(MY)

(c) Touch ‘n Go e-Wallet
– Telefon: +603-5022 3888
– E-mel: tngewalletcs@tngdigital.com.my
– Laman sesawang: https://tngd.my/careline-webform

7. Adakah terdapat proses rayuan atau pertikaian (‘dispute’)?

• Ya. Sebarang rayuan dan pertikaian boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 September 2020 kepada penyedia perkhidmatan seperti maklumat pada item 9 di
atas.

8. Saya merupakan peruncit luar talian – perlukan saya mendaftarkan kedai saya untuk kod QR MySejahtera? 

• Ya. Semua peruncit adalah digalakkan untuk menggunakan MySejahtera Check-In untuk mendaftar dan menguruskan kemasukan pengunjung ke premis mereka secara sistematik
dan teratur.

• Untuk mendaftar, pemilik premis harus mengikuti langkah
berikut:

• Langkah 1: Daftar premis anda di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/

• Langkah 2: Masukkan nombor telefon mudah alih anda atau e-mel dan klik “Daftar”.

• Langkah 3: Anda akan menerima One-Time-Pin (OTP) melalui SMS (jika anda daftar melalui nombor telefon mudah alih) atau pautan pengesahan akan dihantar melalui e-mel (jika anda daftar melalui e-mel).

• Langkah 4: Masukkan OTP dan klik ‘Hantar’ (jika anda daftar melalui nombor telefon mudah alih) atau pautan pengesahan akan dihantar melalui e-mel (jika anda daftar
melalui e-mel).

• Langkah 5: Isikan maklumat pendaftaran premis anda dan klik ‘Hantar’. Anda akan menerima mesej ‘Pendaftaran Berjaya’.

• Langkah 6: Anda akan menerima kod unik MySejahtera untuk premis anda. Muat turun, cetak dan letakkan kod QR di pintu masuk premis anda untuk diimbas oleh pengunjung.

9. Bagaimana pihak anda melindungi maklumat peribadi saya, seperti umur dan pendapatan?
• Data berkaitan akan disahkan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Data peribadi dari JPN atau LHDN TIDAK akan dikongsi dengan penyedia perkhidmatan e-Dompet.

• Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. Oleh yang demikian, mengemukakan maklumat palsu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

• MySejahtera dimiliki dan dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia. Ia ditadbir oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan sokongan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Maklumat peribadi anda hanya akan digunakan untuk tujuan mengurus dan mengurangkan wabak COVID-19. Ia tidak akan dikongsi dengan pihak lain.

• Sebarang masalah privasi data yang berkaitan dengan eDompet adalah tertakluk kepada peruntukan undangundang dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. – MalaysiaGazette

Ramlan Ibrahim letak jawatan ahli SPR

Wartawan MalaysiaGazette
MGF13032017_KOLOKIUM-KEHAKIMAN_11-681x454
Datuk Seri Ramlan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ramlan Ibrahim meletak jawatan sebagai ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuatakuasa 31 Julai 2020.

Menurut kenyataan SPR, perkara tersebut telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Spr mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih epada YBhg Dato’ Seri Ramlan bin Ibrahim, atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai ahli sPR,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

Ramlan yang bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dilantik sebagai ahli SPR pada Februari tahun lalu. – MalaysiaGazette

Jangan iktiraf, layan tuntutan Filipina – Musa Aman

Wartawan MalaysiaGazette
Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mendapatkan pasport antarabangsanya dari mahkamah bagi mendapatkan rawatan di London.
Musa Aman

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak seharusnya mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan yang dilakukan Filipina atau pihak lain ke atas Sabah.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, Sabah merupakan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia dan tiada keraguan atau pertikaian berhubung perkara tersebut.

“Saya menggesa Filipina termasuk Menteri Luar memberhentikan jalan cerita seperti ini untuk tujuan politik dalaman kerana ia tidak baik untuk hubungan dua hala dengan negara ASEAN.

“Hakim Martin Idang memuutskan dengan jelas bahawa Sabah adalah (sebahagian daripada) Malaysia dan tiada negara lain mempunyai hak atau kuasa terhadap hal ehwal Sabah dalam kes Mahkamah Tinggi antara Kerajaan Malaysia dan Nurhima Kiram Fornan & Ors baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Laur Filipina menerusi akaun Twitter cuba menguji hubungan diplomatik dengan menimbulkan tuntutan ke atas Sabah.

Berikutan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam akaun Twitternya berkata, beliau akan memanggil Duta Filipina pada Isnin ini berhubung ciapan Menteri Luar Filipina itu pada 27 Julai lalu

Menurut Musa, adalah jelas bahawa penduduk Malaysia tidak mengiktiraf sebarang tuntutan yang dilakukan Filipina ke atas Sabah.

Katanya, Sabah merupakan sebahagian daripada Malaysia dan telah memilih untuk terus menjadi sebahagian daripada negara ini.