Sabtu, 1 Ogos 2020

Jangan iktiraf, layan tuntutan Filipina – Musa Aman

Wartawan MalaysiaGazette
Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mendapatkan pasport antarabangsanya dari mahkamah bagi mendapatkan rawatan di London.
Musa Aman

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak seharusnya mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan yang dilakukan Filipina atau pihak lain ke atas Sabah.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, Sabah merupakan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia dan tiada keraguan atau pertikaian berhubung perkara tersebut.

“Saya menggesa Filipina termasuk Menteri Luar memberhentikan jalan cerita seperti ini untuk tujuan politik dalaman kerana ia tidak baik untuk hubungan dua hala dengan negara ASEAN.

“Hakim Martin Idang memuutskan dengan jelas bahawa Sabah adalah (sebahagian daripada) Malaysia dan tiada negara lain mempunyai hak atau kuasa terhadap hal ehwal Sabah dalam kes Mahkamah Tinggi antara Kerajaan Malaysia dan Nurhima Kiram Fornan & Ors baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Laur Filipina menerusi akaun Twitter cuba menguji hubungan diplomatik dengan menimbulkan tuntutan ke atas Sabah.

Berikutan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam akaun Twitternya berkata, beliau akan memanggil Duta Filipina pada Isnin ini berhubung ciapan Menteri Luar Filipina itu pada 27 Julai lalu

Menurut Musa, adalah jelas bahawa penduduk Malaysia tidak mengiktiraf sebarang tuntutan yang dilakukan Filipina ke atas Sabah.

Katanya, Sabah merupakan sebahagian daripada Malaysia dan telah memilih untuk terus menjadi sebahagian daripada negara ini.

Tiada ulasan: