Oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR — Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (
gambar)
antara salah seorang yang bertanggungjawab semasa membuat persempadanan
berat sebelah kepada Barisan Nasional (BN) pada 2003, kata pemimpin DAP
Ong Kian Ming.

Pengarah
strategi DAP itu mendakwa Wan Ahmad tidak melaksanakan tanggungjawabnya
secara adil semasa persempadanan semula pada 2003, serta tidak
mempercayai dengan janji beliau akan bertindak dengan “penuh ketelusan”
untuk melaksanakan persempadanan yang dijadualkan hujung tahun ini.
“Wan Ahmad salah seorang daripada sebahagian daripada SPR ketika itu yang membuat persempadanan berat sebelah pada 2003.
“Oleh sedemikian, beliau adalah orang akhir yang tidak layak
mempertahankan rekod SPR dalam memastikan persempadanan semula yang adil
dijangka bermula pada hujung tahun ini,” kata Ong dalam satu kenyataan
media hari ini.
Ong kemudiaan menjelaskan salah situasi langkah berat sebelah yang
dilakukan semasa persempadanan 2003 dimana SPR tidak mematuhi prinsip
pemberat kawasan luar bandar, khususnya di negeri Kedah dimana kawasan
luar bandar memiliki jumlah pengundi lebih kecil berbanding kawasan luar
bandar yang jumlahnya sangat besar.
“Sebagai contoh, Parlimen Alor Setar walaupun adalah sebuah kerusi
paling maju dengan kawasan lebih kecil dalam semua kerusi parlimen dalam
Kedah mempunyai pengundi lebih kecil (56,007) berbanding kerusi
Parlimen Pokok Sena (64,912) dan Kuala Kedah (73,942) yang merupakan
kawasan luar bandar dan lebih besar komposisinya.
“Perbezaan ini masih boleh dilihat dalam pilihan raya umum ke-13,
dimana Alor Setar kini mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 bagi
Pokok Sena dan 95,534 bagi Kuala Kedah.
Disamping itu, Ong menegaskan sikap tergesa-gesa SPR untuk
menjalankan persempadanan semula adalah kerana tekanan daripada BN
memandangkan formula pada tahun 2003 untuk memenangi kerajaan pemerintah
dengan majoriti besar tersebut sudah tidak boleh digunapakai lagi.
“Dalam tindak balas yang tidak bernasib baik, tindakan berat sebelah
BN tersebut berakhir pada tahun 2008 kerana pengundi bukan Melayu yang
dikatakan penyokong tegas BN, yang tidak mungkin mengundi PAS, berpindah
kembali mengundi pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lalu,” ujar
Ong.
Ong juga menegaskan selagi Wan Ahmad berada dalam SPR, beliau tidak
yakin satu proses yang adil dan telus akan dijalankan dalam proses
persempadanan semula kali ini
Dalam satu forum minggu lalu, Timbalan Pengarah Pusat Kajian
Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Amer Saifude mengatakan BN akan
terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “first past the post”
terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan.
Walau bagaimanapun, Wan Ahmad menolak pandangan tersebut sebaliknya
memberi alasan bahawa sistem pilihan raya diguna pakai di Malaysia turut
digunakan oleh negara-negara yang maju dan telah lama mengamalkan
demokrasi.
“First past the post ni, bukan sampai bila-bila BN menang. First past
the post ni adalah satu sistem yang simple di mana pertandingan nak
merebut kerusi dalam satu kawasan,” kata Wan Ahmad dalam satu wawancara
khas bersama The Malaysian Insider.”Kerana first past the post ini, BN
tak dapat majoriti dua pertiga dalam PRU13 (pilihan raya umum ke 13).
Kerana first past the post ini, kerajaan Pakatan Rakyat
(PR) Selangor
menang dengan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN),”
tambah beliau lagi.
Amer turut menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada
akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh
Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada
BN berbanding Pilihan Raya 2013.
Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang
tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan
jumlah besar yang ditandingi mereka.
Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh.
“Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil,
ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya.
BN mempertahankan kuasa sebagai kerajaan pusat dalam pilihan raya 5
Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat 112
kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.
Walau bagaimanapun, kemenangan BN kali ini lebih kecil di Parlimen
sejak negara Merdeka pada 1957 dan parti pemerintah juga hilang undi
undi popular apabila memperoleh 48 peratus berbanding pembangkang
Pakatan Rakyat (PR) 51 peratus