Nizam ZainPresiden
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berucap pada
Himpunan Jihad PERKASA di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. foto AFIQ
RAZALI
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini
mendesak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula kuota Menteri
yang diberikan kepada kaum India bukan daripada parti komponen kerajaan
itu.
Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, langkah itu perlu
dilakukan kerana pemimpin India yang diangkat sebagai Menteri Kabinet
pada masa ini didakwa telah menjejaskan imej negara di mata dunia.
“Lebih baik Waytha Moorthy ini digugurkan daripada Kabinet dan saya
mendesak dikaji kembali kuota kaum hindu dalam Kabinet yang empat orang
Menteri dan satu timbalan.
“Boleh lantik (pemimpin India) daripada parti-parti PH, tapi cukuplah
jumlah menteri itu malah jauh daripada cukup dengan kedudukan
masyarakat India tujuh peratus di Malaysia ini,” katanya ketika ditemui
di luar pekarangan Hotel Regency, di sini, hari ini.
Terdahulu Ibrahim berucap di hadapan lebih 100 ahli Perkasa dalam
Himpunan Jihad Perkasa sempena Mesyuarat Agung Tahunan badan bukan
kerajaan (NGO) itu di Jalan Raja Alang, di sini.
Perhimpunan hampir 30 minit itu mendapat perhatian pihak polis yang
turut kelihatan mengawal keadaan agar tidak tercetus suasana tegang dan
menjejaskan keharmonian antara kaum di negara ini. Presiden
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berucap pada
Himpunan Jihad PERKASA di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. foto AFIQ
RAZALI,
Himpunan Jihad Perkasa itu bagi menolak hasrat kerajaan sebelum ini
yang disuarakan oleh Waytha Moorthy untuk meratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut
mengingatkan Perkasa agar perhimpunan itu dilakukan mengikut
undang-undang dan mengelakkan ketengangan hubungan antara kaum di negara
ini.
Ibrahim juga mendesak kerajaan agar mengekalkan Akta Hasutan 1948
bagi memastikan tindakan biadap seperti pemimpin Hindraf itu tidak
berulang dan dilakukan secara berleluasa.
“Kita tengok apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan,
banyak pihak berani menggunakan media sosial dengan nama samaran untuk
mencaci dan menghina Islam serta Rasulullah.
“Tapi kalau ada ISA semua perkara ini boleh diambil tindakan. Kalau
guna nama samaran, polis tidak boleh bertindak menangkap, menahan atau
mendakwa mereka di mahkamah sebab di mahkamah mereka perlu bukit yang
cukup.
“Kalau ada ISA macam dulu, orang-orang macam ini (Waytha Moorthy)
boleh diambil atau disimpan untuk pencegahan tapi instrumen ini sudah
tiada. Maka sebab itu Akta Hasutan mesti dikekalkan,” katanya. Diantara peserta yang hadir pada Himpunan Jihad PERKASA di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI
Katanya lagi, Perkasa akan mencabar tindakan kerajaan di mahkamah
berhubung usaha memansuhkan Akta Hasutan 1948 yang kini dikenakan
tindakan moratorium.
“Saya difahamkan Akta Hasutan ini sudah dikenakan moratarium ataupun
digantung. Peguam kita sedang mengkaji dan saya minta mereka menulis
surat kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara bertanya sama ada
laporan kami di bawah akta ini sudah diambil tindakan atau sebaliknya.
“Kalau mereka menjawab Akta Hasutan sudah digantung, Perkasa akan
mencabar di mahkamah sebab untuk menggantung Akta Hasutan mesti mendapat
perkenan Majlis Raja-Raja.
“Bererti kalau Akta ini digantung, tindakan itu tidak sah di sisi
undang-undang. Kita akan tengok cabaran baharu di mahkamah. Selepas ini
kita akan ke mahkamah dan kita akan mengambil tindakan-tindakan yang
wajar,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan