Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kepakaran yang dimiliki pemain industri membantu dalam membimbing pelajar TVET mencapai tahap kemahiran yang diperlukan.
Katanya, kita tidak mahu sesebuah institusi pengajian TVET hanya ada ramai pelajar tetapi bila tamat pengajian mereka tidak mendapat pekerjaan.
"Kerjasama diadakan dengan pemain industri melalui tenaga pakaritusudah tentu dapat membimbing pelajar untuk meningkatkan kemahiran sejajar dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi," katanya dalam kenyataan sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) (Diperbaharui) antara Institut Kemahiran Tinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda-Tech) dan Perodua Sales Sdn Bhd, hari ini.
Perda-Tech dan Perodua Sales telah menjalin kerjasama dalam bidang
latihan automotif sejak 2016 bagi membolehkan pelajar dan tenaga
pengajar mendapat bimbingan dalam bidang automotif daripada tenaga
profesional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan