Jumaat, 28 Januari 2022

Mayat wanita tidak berseluar ditemui di perangkap sampah

Aina Arisya

Mayat itu ditemui selepas pihak polis menerima maklumat daripada penjaga kunci air tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komiwioner Baharudin Mat Taib berkata, wanita tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an, ditemui dalam keadaan tangan diikat dan disyaki seluar mangsa digunakan untuk mengikat tangannya itu.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti. Mangsa memakai baju tanpa lengan berwarna hitam dan terdapat sebentuk cincin batu berwarna merah di jari manis kirinya.

“Ketinggian mangsa lebih kurang 150cm, rambut beruban dan bergigi jarang,” katanya.

Beliau berkata, mayat yang ditemui sekitar jam 10.40 pagi itu dipercayai meninggal dunia kira-kira tujuh hari lalu dan tiada kecederaan fizikal luaran.

Tambahnya, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Shazrin (03-55202022) bagi membantu siasatan. -SM

Tiada ulasan: