Khamis, 27 Januari 2022

Guru KAFA Wilayah terima elaun tambahan RM800

HARAKAH DAIALY
 

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad mengumumkan inisiatif melibatkan institusi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Wilayah Persekutuan.

Pada perhimpunan agensi Hal Ehwal Islam, kelmarin beliau telah mengumumkan dua inisiatif buat institusi KAFA di Wilayah-Wilayah Persekutuan iaitu bantuan elaun tambahan kepada guru KAFA sebanyak RM800 dan Skim Bantuan Buku Teks KAFA kepada golongan asnaf dan B40.

Katanya, inisiatif bantuan itu adalah salah satu usaha kerajaan dalam memperkasakan institusi KAFA daripada sudut kebajikan guru termasuklah golongan asnaf dan B40.

“Alhamdulillah, RM11.5 juta bagi elaun tambahan dan RM1.8 juta bagi skim buku teks KAFA telah diperuntukkan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan pembayar zakat.

“Insya-Allah, dari semasa ke semasa, Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama berusaha melakukan penambahbaikan kepada institusi KAFA supaya terus melahirkan generasi mukmin dan muslih,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, semalam. HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: