Khamis, 27 Januari 2022

Mangsa banjir di Pahang tak perlu bayar bil air 3 bulan

Athirah Huda Zalhe

Pengecualian bermula Januari hingga Mac 2022 babit 40,000 rumah

BANGI – Kerajaan negeri Pahang menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju untuk mengecualikan pembayaran bil air selama tiga bulan di kawasan terjejas banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengecualian itu bermula bulan Januari hingga Mac 2022, membabitkan lebih 40,000 kediaman dengan anggaran peruntukan RM1.5 juta.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini, kerajaan negeri telah mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir termasuklah Bantuan Wang Ihsan dan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan kepada penyewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) yang terjejas.

“Kerajaan negeri Pahang terus komited membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di seluruh negeri Pahang dan amat memahami keadaan mereka terutamanya dalam fasa pemulihan akibat bencana ini.

“Diharapkan dengan pengecualian ini ia dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir terutamanya bagi membersihkan premis masing-masing yang terjejas akibat bencana alam itu,” katanya.

Tiada ulasan: