KUALA LUMPUR: “Saya betul-betul menyesal. Saya sebenarnya bergurau kasar, tak sengaja pun. Saya sendiri bersahabat dengan ramai golongan begitu.”
Itu luahan hati usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida apabila ditanya berhubung permohonan maafnya terhadap penyanyi, Anuar Zain selepas kontroversi yang tular beberapa hari ini.
Jelas Vida, dia tidak sengaja mengeluarkan dakwaan mengatakan Anuar sebagai lelaki yang menjalinkan hubungan sesama jenis dan bersungguh-sungguh menyesali setiap bait kata yang pernah dikeluarkannya.
“Saya tutup komen di perkongsian permohonan maaf itu kerana tidak mahu warganet terus menerus menghentam dan mengecam. Daripada mereka membuat dosa kering mengecam saya, lebih baik saya tutup.
“Orang kata kita bergurau kasar cuma tak kena tempatnya. Saya pun ramai kawan begitu, jadi mungkin gurauan itu tak kena tempat. Sebab itu saya menyesali perbuatan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menyampaikan persoalan warganet yang mempertikai keikhlasan permohonan maafnya, Vida bagaimanapun tidak mahu memberi penjelasan lanjut tentang ‘projek besar’ yang dimaksudkan.
“Saya tak boleh cakap lebih. Memang ada perancangan tetapi nanti dululah. Saya ikhlas meminta maaf. Kalau ada yang mempertikaikan itu, kita tak boleh halang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu,” katanya.
Dakwaan Vida yang tular itu mendapat kritikan hebat daripada warganet termasuk rakan-rakan artis yang mengecam tindakannya yang seolah-olah menjatuhkan nama baik penyanyi bersuara hebat itu.
Malah kakak kepada Anuar yang juga penyanyi, Ziana Zain juga meninggalkan komen yang menyifatkan dakwaan Vida sebagai sangat biadap. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan