Jumaat, 28 Januari 2022

3 lelaki ‘kantoi’ bungkus lebih 10kg dadah guna produk kelapa

 BERNAMAfacebook sharing button

Menurut polis, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan
Menurut polis, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan 
kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dan merampas 9.21 kg (kg) dadah jenis syabu serta 1 kg ketamin bernilai RM386,848 dalam tiga tangkapan berasingan sekitar bandar raya ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah berkata dalam kes pertama dua hari lepas, polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang cuba melarikan diri apabila melihat kehadiran polis, ketika dia sedang memegang satu kotak berisi tujuh bungkusan syabu seberat 7.17 kg di Lorong Ranggung Batek Likas.

Beliau berkata ia kemudiannya membawa kepada penangkapan seorang lagi lelaki berusia 52 tahun yang dipercayai terlibat dalam proses jual beli dadah di sebuah lokasi di Luyang, sebelum disusuli dengan satu lagi tangkapan seorang lelaki berusia 50 tahun di hadapan pusat beli belah di Alam Mesra, kira-kira pukul 2 petang semalam

“Hasil pemeriksaan di dalam beg silang yang dibawanya, polis menemukan syabu 1.02 kg,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Kampung Bantayan, Inanam yang membawa kepada penemuan 1.02 kg syabu dan 1 kg ketamin.

Mohd Zaidi berkata siasatan mendapati modus operandi sindiket ini ialah membuat pesanan dadah dari Semenanjung dengan menggunakan khidmat penghantaran kurier.

“Mereka didapati menggunakan bungkusan produk berasaskan kelapa untuk mengaburi mata pihak polis. Dadah yang dirampas dipercayai untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada penagih sekitar Kota Kinabalu,” tambahnya.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tiada ulasan: