Jumaat, 28 Januari 2022

Pokok tumbang, bumbung tercabut akibat ribut di Shah Alam

SHAH ALAM: Hujan lebat serta ribut di beberapa kawasan di sini petang tadi menyebabkan pokok tumbang dan bumbung premis tercabut termasuk di parkir sebuah pasar raya besar di Seksyen 13.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata lapan kenderaan dilaporkan rosak akibat kejadian itu.

"Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak petang tadi, tular beberapa gambar dan video di lokasi berkenaan yang diulang kongsi oleh netizen di media sosial.

Bumbung parkir kenderaan di sebuah pasar raya besar di Seksyen 13 Shah Alam akibat  ribut petang tadi. - Foto NSTP/Owee Ah Chun
Bumbung parkir kenderaan di sebuah pasar raya besar di 
Seksyen 13 Shah Alam akibat ribut petang tadi. - Foto NSTP/
Owee Ah Chun

Seorang penunggang motosikal merakam gambar pokok tumbang merentas jalan berdekatan sebuah pasar raya besar di Seksyen 13. - Foto NSTP/Owee Ah Chun
Seorang penunggang motosikal merakam gambar pokok 
tumbang merentas jalan berdekatan sebuah pasar raya besar 
di Seksyen 13. - Foto NSTP/Owee Ah Chun

Dalam kejadian lain, dua pemandu kereta sempat keluar menyelamatkan diri selepas kereta mereka dihempap pokok tumbang di persimpangan lampu isyarat berhampiran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dua pemandu yang melalui jalan terbabit dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Norazam berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan dan mendapati sebatang pokok tumbang dan menghempap dua buah kereta.

"Tiada mangsa tersepit dan mereka keluar sendiri sebelum ketibaan pihak bomba. Komander operasi sudah memastikan tiada mangsa tersepit dan memotong pokok menggunakan gergaji khas" katanya.

Peniaga gerai makan Tomyam, Abang Zak (dua kiri) bersama pekerjanya mengangkat khemah yang dipukul ribut petang tadi. - Foto NSTP/Owee Ah Chun
Peniaga gerai makan Tomyam, Abang Zak (dua kiri) bersama 
pekerjanya mengangkat khemah yang dipukul ribut petang tadi. 
- Foto NSTP/Owee Ah Chun

Tiada ulasan: