PELAWAK Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman, 52, meninggal dunia pada 11 malam tadi, di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul, Kuala Lumpur.
Berita pemergian pelawak berkenaan disahkan oleh adiknya Hasnah ketika dihubungi Bernama malam ini.
“Allahyarham jatuh di dalam bilik air. Jenazah akan dikebumikan sebelum solat zuhur esok,” katanya.
Sementara itu, pemergian arwah turut dikongsi anak saudaranya Syuhada Daud di laman Facebooknya sebentar tadi.
“Kehilangan sebuah permata berharga dalam keluarga. Penghibur kami sekeluarga. Tenanglah pakcik, doakan moga arwah ditempatkan dalam golongan beriman dan beramal soleh.
“Tugasmu di dunia sudah selesai, selamat pulang ke negeri abadi. Kami pasti merindui jenakamu, kami pasti menyusul,” katanya.
Pada 2018, Allahyarham dilaporkan dinasihatkan oleh doktor
untuk melakukan pembedahan kerana masalah jantung yang dihadapinya amat
serius.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan