Khamis, 20 Januari 2022

RFID, jangan sampai menyusahkan’ – Zahida

MALAYSIA POST

‘RFID, jangan sampai menyusahkan’ – Zahida

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan kesal teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang didakwa lebih canggih berbanding Touch ‘n Go dan SmartTag, ternyata menyusahkan orang ramai.

Zahida berkata, beliau banyak membaca laporan berkaitan rungutan rakyat mengenai lorong RFID.

“Nampaknya masih ramai belum bersedia untuk bertukar terus daripada kaedah ‘sentuh’ atau ‘SmartTag’ seperti sebelumnya kepada sistem ini.

“Ada yang mengalami kesesakan lebih 1 kilometer diwaktu puncak. Ada yang terpaksa ‘reverse’ kerana palang tidak terbuka,” katanya menerusi Facebook.

Beliau turut mendakwa teknologi RFID ini sudah lapuk jika dibandingkan dengan negara luar.

“Kita dibekalkan dengan RFID yang sudah lapuk teknologinya kerana ianya terbukti terlalu perlahan untuk membaca jika dibandingkan dengan sistem di negara jiran kenderaan tidak perlu berhenti atau perlahan ketika melalui plaza tol,” katanya.

Tambahnya, rakyat tidak menolak pembaharuan sistem, namun ia mestilah berfungsi sebagai pemudah, bukannya menambah kesulitan.

Sehubungan itu, beliau menggesa PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan semua pihak berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. – Malaysiapost

Tiada ulasan: