Isnin, 3 Januari 2022

Ramai kecewa Adibah ‘rosakkan’ lagu Berdiri Bulu Romaku

 Oleh Azman Bin Ibrahim

TANGKAP layar rakaman video Adibah Noor menyanyikan lagu Berdiri Bulu Romaku versi dikir barat dalam Konsert Gegarvaganza 8 semalam.

PETALING JAYA: Trending di Twitter mengenai status warganet yang kecewa dengan persembahan Adibah Noor menyanyikan lagu Berdiri Bulu Romaku dalam Konsert Gegarvaganza semalam.

Mereka berpendapat olahan tersendiri Adibah dalam lagu tersebut telah merosakkan ketulenan lagu asal yang popular dinyanyikan oleh Hetty Koes Endang yang merupakan juri dalam program berkenaan.

Malah, ramai yang bersetuju penggunaan elemen dikir barat untuk lagu dangdut berkenaan sebagai tidak sesuai.

Yup. Adibah Noor overdid a legendary song which didnt need to be made different. I looked fwrd to her performance d whole wk cos i love that song but end up disappointed by her rendition. As for Aliff Aziz… terbaik lah consistently top 3 and Suki Low im liking even more now,” kata @JANScouserZ.

“Sumpah tadi adibah noor merosakkan lagu meremang bulu roma ku tu… haihh she can do much better kot,” kata @danialrmly.

“Perlu ke tukar konsep lagu ni kepada dikir barat. Adoi macam tak kena je Adibah Noor ni,” kata @AmirulKhan_.

Gegarvaganza 8 yang mengguna pakai tagline Bintang Kembali Menyengat menampilkan 13 peserta merangkumi tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Selain Adibah, mereka  menyertai ialah Aweera; Azan Scan; Datuk Fazley Yaakob; Shidee; Bandi Amuk; Aliff Aziz; Ani Mayuni,Suki, Nikki dan Upiak Isil.

Musim ini juga menyaksikan kemeriahan berganda apabila Astro turut mengumumkan kehadiran pelawak terkenal Saiful Apek dan Yassin serta Nico yang akan mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

GV8 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: