KUALA SELANGOR – Suspek yang memenggal kepala ibunya sendiri di Kampung Baru Pasir Penambang di sini, minggu lalu dijangka akan didakwa pada Isnin ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya sudah mendapat kebenaran lanjutan reman ke atas lelaki berusia 28 tahun itu hari ini.
Katanya, Mahkamah Kuala Selangor di sini, membenarkan reman selama empat hari lagi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Reman ke atas suspek selama seminggu berakhir hari ini namun dibenarkan untuk disambung pagi tadi.
“InsyaAllah, kita menjangkakan lelaki berkenaan akan didakwa di mahkamah sama pada Isnin ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Ramli, pihaknya sudah melengkapkan siasatan kes itu dan merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan pendakwaan. – K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan