Sabtu, 22 Januari 2022

Dakwaan kesihatan Tun M merosot, pengamal media berkampung di IJN

Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Pengamal media mula berkumpul di hadapan Institut Jantung Negara (IJN) bagi mengikuti perkembangan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia susulan timbul dakwaan kesihatan Tun Mahathir Mohamad berada dalam keadaan membimbangkan di pusat perubatan itu.

Bagaimanapun, IJN ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung perkembangan semasa kesihatan bekas Perdana Menteri tersebut.

Difahamkan, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh tersebut pernah dimasukkan ke IJN untuk kali kedua pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif di hospital berkenaan.

Sementara pada 16 Disember lalu, Mahathir turut dimasukkan ke IJN buat kali pertama bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar hospital kira-kira lapan hari kemudiannya.

Bapa Pemodenan itu yang berusia 97 tahun juga merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). – K! ONLINE

Tiada ulasan: