Ahad, 16 Januari 2022

Pengasuh tampar bayi 8 bulan kerap muntah

 Faris Fuad

- Hiasan
- Hiasan

KUALA LUMPUR: Polis membebaskan seorang pengasuh wanita dengan jaminan selepas disyaki menampar bayi lelaki berusia lapan bulan, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan/Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias, berkata polis menerima laporan perlakuan pengasuh terbabit daripada ibu mangsa pada jam 11.29 malam hari sama.

Katanya, siasatan mendapati wanita itu mengaku tidak sengaja menampar pipi bayi berkenaan ketika dalam buaian selepas dikatakan sering muntah.

"Wanita itu mendakwa pipi kanan anaknya kemerah-merahan ketika mengambil bayi itu dari rumah pengasuh berusia 48 tahun pada jam 8.20 malam.

"Siasatan dibuka dan diklasifikasikan sebagai kes penderaan kanak-kanak yang disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Suspek diberi jaminan polis, namun siasatan masih diteruskan dan kita menunggu laporan penuh perubatan mangsa. Kes akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut nasihat dan arahan pertuduhan dengan segera," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tiada ulasan: