Isnin, 17 Januari 2022

Mahkamah ketepi hukuman penjara remaja ‘jenazah’

Oleh NORHAYATI YAHAYA
DANIAL Iskandar hadir ke Mahkamah Tinggi bagi mendengar semakan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya di Shah Alam, Salangor, hari ini.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret Selayang ke atas seorang pemuda yang mengaku bersalah atas cubaan mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang pada 9 Januari lalu.

Hakim Datuk Abd. Halim Aman dalam semakan berhubung hukuman dijatuhkan mengatakan, Mahkamah Majistret silap dalam melaksanakan hukuman dan menggantikannya dengan hukuman khidmat masyarakat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama 120 jam dalam tempoh enam bulan.

Tertuduh, Daniel Iskandar, 19, sepatutnya dibebaskan hari ini selepas tamat menjalani hukuman penjara 10 hari sejak 9 Januari lalu.

Abd. Halim mengarahkan Daniel untuk memulakan khidmat masyarakat itu dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tiada ulasan: