Isnin, 17 Januari 2022

Amaran ribut petir, hujan lebat di Johor, Sarawak dan Sabah

Oleh Media Mulia

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut jabatan itu, Johor melibatkan kawasan Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sarawak pula di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Marudi).Ads by Kiosked

Di Sabah, ia melibatkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu).

Tiada ulasan: