Sabtu, 15 Januari 2022

Alhamdulillah syukur, abang Viva sudah dapat 4×4 petang tadi

triton
Tangkap layar 4X4 yang diterima abang Viva hari ini.

AZWAN Omar, 30, hari ini mengesahkan dirinya sudah menerima sebuah kenderaan pacuan empat roda atau 4X4 seperti yang dijanjikan usahawan Shalicious Empire Sdn. Bhd., Sha Hassan pada pukul empat petang hari ini di rumahnya di Alor Gajah, Melaka.

Dia yang dikenali sebagai Abang Viva ketika dihubungi UtusanTV memaklumkan kenderaan itu dihantar sendiri oleh usahawan berkenaan ke rumahnya.

“Dia (Sha) hantar sendiri dari Bangi ke sini (Alor Gajah),” katanya yang menerima sebuah Mitsubishi Triton.

Ditanya apa perasaannya apabila menerima kenderaan itu, Azwan mengatakan dia gembira.

“Mestilah happy, dapat kereta kan,” jawabnya.

Ujarnya, dia tidak mengetahui berapa nilai kenderaan itu, dan seperti dijanjikan semuanya sudah lengkap didaftarkan di atas namanya.

“Dia (Sha) tak cakap dan terus hantar dekat saya. Dia memang tiada niat beri untuk ‘marketing’, sebab itu saya boleh terima.

“Memang ini rezeki yang Allah bagi, Alhamdulillah,” ujarnya dan menambah Viva tetap di hati kerana ia merupakan “bini” pertamanya.

Katanya lagi, jika hendak mengharapkan dirinya membeli sendir kenderaan itu, mungkin dia akan mengambil masa lima ke sepuluh tahun lagi.

Beberapa hari lepas, Azwan turut menerima sebuah motosikal Yamaha XJ6S dan beberapa aksesori sebagai tanda penghargaan kepada jasanya.

Memetik laporan Mekanika Azwan dikatakan sangat gembira dengan pemberian motosikal berkenaan.

“Sudah tentu saya sangat gembira apatah lagi ada orang yang menghargai usaha kecil dilakukan.

“Buat masa ini, saya perlu merahsiakan dahulu siapa yang menghadiahkan jentera berkenaan. Saya akan meminta kebenaran dahulu dan akan umumkan dalam platform media sosial saya kelak,” katanya.

Jentera berkenaan merupakan pemberian seseorang sebelum diserahkan ICITY Motoworld Sdn. Bhd. yang terletak di Shah Alam, Selangor kepada Azwan.

Kisah dirinya tular selepas membantu mangsa-mangsa banjir di Shah Alam bulan lepas dengan hanya berbekalkan RM50.

Dia kemudiannya mendapat tawaran daripada Sha Hassan yang ingin memberikan sebuah kenderaan 4X4, tetapi Azwan berkata dirinya hanya akan menerima sekiranya tiada sebarang syarat diletakkan.

Tiada ulasan: