KOTA MARUDU: Seramai 73 penduduk daripada 17 keluarga dari Kampung Beliajung di sini yang terjejas banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah Kota Marudu, Rayner Saimon, berkata setakat jam 7 malam ini, keadaan Sungai Bandau dan Sungai Bongon berada di bawah paras waspada dan hujan ketika ini.
"Sebanyak enam kampung terjejas berikutan hujan berterusan sejak awal pagi bagaimanapun mangsa yang dipindahkan ketika ini dari Kampung Beliajung," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, banjir gelombang kedua diisytiharkan berlaku di daerah ini dengan dua pusat pemindahan sementara (PPOS) dibuka bagi memindahkan mangsa banjir.
Dua PPOS yang dibuka untuk penempatan mangsa banjir adalah PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan PPS Dewan SK Teratipan.
Pegawai Daerah Kota Marudu, Alexander Yong berkata berdasarkan maklumat yang diterima banjir gelombang kedua diisytiharkan berlaku di daerah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan