JABATAN Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan tiada amaran hujan lebat yang berterusan sepanjang minggu ini di seluruh negara.
Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, amaran hujan lebat peringkat bahaya yang telah dikeluarkan sebelum ini membabitkan bahagian pantai barat juga telah ditamatkan malam tadi.
“Setakat ini tiada amaran berperingkat dan pemantauan kami menunjukkan hampir kebanyakan kawasan di seluruh negara akan menghadapi kurang hujan yang dicatatkan.
“Kami juga tidak menjangkakan akan berlakunya episod hujan lebat seperti mana yang berlaku sebelum ini dalam tempoh terdekat ini ataupun sepanjang minggu ini,” jelasnya memetik laporan Astro AWANI hari ini.
Setakat ini juga, kata beliau, belum ada sebarang tanda-tanda awal bahawa hujan lebat berterusan akan kembali dalam tempoh tersebut sehingga memerlukan pengeluaran amaran bahaya oleh MET Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan