Ahad, 19 Disember 2021

Terowong SMART ditutup bagi pengaktifan sistem banjir

BH ONLINE
Terowong Lebuhraya SMART. Foto fail NSTP
Terowong Lebuhraya SMART. Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi pengaktifan sistem banjir susulan hujan lebat sejak Jumaat lalu.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter memaklumkan bahawa penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 6.47 petang tadi.

"Pihak SMART memohon agar pengguna bersabar serta memberi kerjasama dan perhatian mengenai pengumuman status operasi Terowong Lebuhraya SMART yang akan disiarkan melalui penghebahan media dan papan maklumat elektronik (VMS)," menurut catatan itu.

Status Terowong Lebuhraya SMART boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my, twitter@smarttunnel atau 'Smart Tunnel'di Facebook.

Hubungi talian bantuan SMART di 1300887188 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut.– BERNAMA

Tiada ulasan: